20

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Semalam, saya ada bersembang dengan seorang penggiat seni iaitu tak lain tak bukan Mamu Omara yang amat terkenal dengan boria dan kegiatan kesenian. Pelbagai cerita yang kami sembang dan kami bincang pada malam semalam dan yang paling menarik kami berbicara tentang Facebook. Facebook tu apa? Kalau seseorang tanya balik apa itu Facebook pasti dia orang yang paling kuno dan ketinggalan zaman. Tak payah sebut Facebook tu apa.

Sekarang ni Facebook dah jadi macam satu laman wajib yang perlu dilayari oleh setiap orang dan kini, pengguna Facebook di Malaysia SAHAJA telah meningkat naik kepada 7 juta pengguna! Oh, hebatnya kesan Facebook kepada warga Malaysia.

Biasalah, bila penggunaan seseuatu benda tu dah meningkat naik dan popular pasti ada penyalahgunaan kemudahan yang ada. Sekarang ni dah banyak perkara jadi dan berlaku dalam masyarakat Malaysia pasal Facebook dan ia semakin lama semakin membimbangkan dan membarah. Kenapa membarah? Kerana, keburukan dah terlalu banyak terjadi daripada perkara yang baik. Aihhh.. Read more…

Continue Reading »

18

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Haha, tajuk macam panas je kan? Tak ada apa – apa pun sebenarnya, saja tiba – tiba terlintas nak tulis pasal kahwin lari ni. Erm, cerita pasal kahwin lari ni dah banyak menghantui masyarakat kita dan ia merupakan salah satu ragam masyarakat. Anda kesah ke pasal kahwin lari ni? Perlu ke nak kahwin lari? Haha, bagi aku tak bagusla bagi pasangan bercinta nak kahwin lari. Tak patut pun lakukan semua ni. Nak tau ke sebab apa? Meh baca bawah. Read more…

Continue Reading »

10

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.

Akhirnya, tarikh yang kita tunggu – tunggu pada bulan Ogos setiap tahun akan menjelma kurang dari 24jam dari sekarang. Ya, tarikh keramat pengistiharan kemerdekaan Malaysia pada 53 tahun yang lepas disambut pada tahun ini. Ermm, seperti tahun lepas sambutan merdeka pada tahun ini hambar kerana ia berlangsung pada bulan Ramadan, bulan yang mana umat Islam berpuasa dan beribadat.

Sungguhpun kita berada didalam bulan Ramadan, semangat meraikan ulangtahun kemerdekaan tidak pernah luntur. Pelbagai cara kita boleh raikannya tak semestinya berhimpun di Dataran Merdeka, melihat bunga api di KLCC ataupun beramai – ramai bersorak ditengah malam 31 Ogos. Tahun ini kita boleh meraikan ia di surau – surau ataupun masjid dengan bacaan yasin dan doa selamat. Banyak cara baik boleh buat, jangan dok pilih jalan tak baik ok. Read more…

Continue Reading »

25

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Kini, bertemu dalam kisah kedua dalam perjalanan kisah HIDUP SEORANG BLOGGER.  Kalau anda terlepas untuk mengikuti entry HIDUP SEORANG BLOGGER #1 bolehlah klik disini.

Blog kini menjadi medium penghubung diri aku dengan orang lain, menjadi salah satu daripada saluran interaksi antara dua pihak dan juga menjadi ruang bicara, pendebatan serta percambahan idea antara penulis dan juga pembaca. Tanpa reaksi pembaca, penulis akan alpa dan sebagainya.

Okey, sedar tak sedar hidup aku dengan dunia blog amat – amat begitu penting dan bermakna. Melalui blog, aku rasa hidup aku ni terlalu luas dan ada masa aku rasa melalui blog juga kecil sahaja dunia ni. Sejak aku mula aktif dalam dunia blog, pelbagai jenis ragam orang aku telah jumpa. Aku dah kenal ramai penulis – penulis blog yang hanya dihubungkan oleh sebuah blog yang dihiasi dengan pelbagai jenis gambar, pelbagai jenis tulisan dan juga pelbagai jenis platform. Begitu indah berada didunia blog. Read more…

Continue Reading »


ShoutMix chat widget
[close]