Home » 1malaysia » Blogger – We Care!

24

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Pada permulaannya, tersentap juga aku membaca entry yang amat memilukan di blog seorang rakan bloggers yang sering aku kunjungi, En. Megat di blog Megat (dot) Net. Seperti yang sedia maklum, aku pun mengetahui bahawa En. Megat memang menghadapi masalah kesihatan yang melampau sehinggalah beliau tidak dapat meneruskan kerjaya dan terpaksa duduk berehat dirumah. Itu yang sedia aku tahu.

Tetapi, setelah membaca entry di blog tersebut sayu betul hati aku mengenangkan nasib anak dan isteri beliau yang turut terseret ke dalam masalah tersebut.

Tidak ada sesiapa dimuka bumi ni nak menunjuk dirinya daif ataupun tak terdaya pada masyarakat dan tak terlintas langsung dari En. Megat nak meminta simpati sesiapa ekoran masalah yang dihadapi kecuali kepada rakan – rakan yang amat baik hati dialam maya ini.

Jika anda tidak tahu pokok pangkal cerita tentang kesusahan En. Megat, bolehlah membaca entry ini terlebih dahulu. Jika ada sedikit sumbangan, bolehlah menghulurkan sumbangan tersebut di akaun En. Megat sendiri :

Akaun CIMB.
Faisal Amirul Othman.
0123 0015 4575 21.

Akaun Maybank.
Faisal Amirul Othman.
1010 7541 8124

Aku juga ingin membantu rakan – rakan yang berada dalam kesusahan, tetapi aku akan membantu dengan terdaya sahaja. Janganlah anda menunjuk jika membuat sebarang sumbangan atau derma kepada rakan kita. Biarlah sedikit sekalipun sumbangan yang kita beri, asalkan ia ikhlas dari hati.

Ok, selain itu terdapat juga rakan bloggers yang membuat pelbagai cara membantu En. Megat, antaranya En. Hydir dan juga En. Denaihati. Anda boleh rujuk cara tersebut diblog mereka untuk detail.

Cara 1 : Pamerkan banner ribbon “Blogger We Care”

Cara 2 : Klik iklan Dapatwang.com Denaihati

Sedikit sebanyak aku tolong sebarkan apa yang aku tahu dan moga dapat ringankan beban dan derita yang ditanggung oleh En. Megat sekeluarga.



24 Comments

  1. myfr3akNo Gravatar says:

    Semoga Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Dugaan adalah tanda sayangnya Dia kepada makhluknya, dan setiap orang diberi dugaan yang berlainan cara.

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @myfr3ak, alhamdulillah hidup aku baik tak seperti orang lain.. alhamdulillah..

    bagi kita yg bertuah ni, kenala selalu bersyukur..

    alhamdulillah..

    [Reply]

    myfr3akNo Gravatar Reply:

    @Luth Textile, tu la tu, hidup kita pun tak terlepas dari dugaan, tetapi ada orang lagi berat dugaannya dari kita.

    Semoga Allah memberkati persahabatan kita semua.

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @myfr3ak, amin…

    aku syukur apa yg aku ada.. ingat, hidup kita ni umpama bola..

    harini dok diatas, esok tak tahu lagi macam mana keadaan kita..

  2. cendawanNo Gravatar says:

    Aku dah baca berkenaan penderitaan En. Megat. Insya Allah dgn keperihatinan blogger2 yag ada, sedikit sebanyak dapat membantu beliau.

    Oleh itu, sentiasalah kita beringat sebelum kena, hidup ini sesuatu yang tidak pasti.

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    ye, cuba la tolong takat mana yang mampu.. tak dapat tolong dgn kewangan, tolong sebarkan pun dah cukup.. janji ikhlas.. jgn buat utk dapat pujian ataupun lain2..

    [Reply]

  3. MusNo Gravatar says:

    sama-sama kita memyumbang yang termampu

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    yer.. nak tolong lebih – lebih tak mampu. tolong yg terdaya je la..

    [Reply]

  4. beliamudaNo Gravatar says:

    turut menyokong. inilah yang termampu untuk dilakukan.

    [Reply]

  5. Fatin PauziNo Gravatar says:

    Support 100%.
    Wajib untuk kita menolong saudara kita yang susah.

    [Reply]

  6. hehe, nak tau tak? Aku tak baca pun entri kat blog megat tue.. aku xleh baca entri sedeyh2.. allergic.. takot ingat rumah, zzzzz….

    apa yang aku buat ialah terus letak jer banner nie… hoho. harap aku da mmbantu.. amin..

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    takpa2.. janji tolong ikhlas… kan?

    [Reply]

  7. KhairilNo Gravatar says:

    aku pun turut menyokong, kalu aku susah nnt hg plk tolong aku OK

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    boleh.. tp takat mana yg mampu je la bai

    [Reply]

  8. azizan4444No Gravatar says:

    bgs bro..same2 membantu…

    [Reply]

  9. denaihatiNo Gravatar says:

    Semuga sumbangan kecil ini akan meringankan sahabat kita yang dalam kesusahan.

    [Reply]

  10. shakeNo Gravatar says:

    apa yang penting ? kerja sama

    [Reply]

  11. pearNo Gravatar says:

    sama-sama kita menolong orang islam…walaupun sedikit…maknanya besar…

    [Reply]

  12. wazyNo Gravatar says:

    salam..

    aku dah pun letakkan banner ni,kat sini juga klik dapat wang denaihati,harap dapat membantu serba sedikit untuk rakan kita en megat

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    bagusla bro.. berat sama dijinjing..
    huhu..

    [Reply]

  13. Ayah AimanNo Gravatar says:

    kwn pn baru post n3 ttg en. megat nie semalam. harap2 ada rakan2 blogger yang sudi menghulurkan bantuan.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled


ShoutMix chat widget
[close]