Home » advice » Lagak kekasih zaman sekarang

42

Orang cakap, cinta itu buta, sesiapa yang merasai cinta memang akan buta dan tak ingat apa yang dilakukan oleh mereka. Hari – hari umpama dalam cerita hindustan, berlari di tepi pantai, berpelukkan di ladang yang penuh dengan tanaman bunga dan juga sentiasa merasa diri disamping si dia.

Kalau tengah bercinta, yang sakit rasa sedap, yang masin rasa manis, dan yang busuk pon boleh dikata wangi. Biarlah aku berada di Tambak Johor, kamu berada di sempadan Malaysia – Thailand dekat Perlis, kalau kau susah, aku akan terus pergi membantu kau, demi kasih cinta kita! Oh..

Orang lain bercinta juga, rilex saja. Pasangan kekasih zaman sekarang ni memang dah melebihi “takat” sebagai seorang kekasih, tak macam orang dulu – dulu punya bercinta. Meh tengok bawah:

Panggilan nama kepada kekasih yang melampau – lampau

Erkk! Nama pun ‘couple’, bukannya tunang ataupun laki/bini orang, tapi panggilan ganti nama diri sang kekasih jantan kepada sang kekasih amat – amat meloyakan tekak aku. Eee… penggunaan ganti nama diri dan panggilan tu dah membuatkan aku mual melihat dan mendengarkan perbualan antara mereka.

Yekk.. Kalau perempuan dipanggil “baby” aku tak kesah sebab perempuan itu bersifat manja, mengada, gedik, dan lembut seperti bayi, aku memang tak kesah kalau panggil perempuan baby kerna ia kena pada gayanya, tapi boleh tak lelaki yang bermisai keras, berjanggut bak rumput ditanah dan juga muka yang ganas seperti orang pecah rumah tu dipanggil baby? Ohh tuhan, aku nak termuntah. Serupa kita pakai kasut dikepala, macam mana ek? eeee.. Geli.

Tambahan, ada diantara ‘couple’ mengistiharkan hubungan mereka seperti dah kawin, pakai gelaran ‘mama – papa’, ‘umie – abah’ dan lain – lain lagi. Sumpah aku geli geleman dan melampau batas.

Nak menunjuk diri dah berpunya

Kalau dah punya kekasih tu, diam – diam sudahla. Jangan nak menjaja satu dunia kata ‘aku dah punya pakwe’ ataupun ‘aku milik awek aku’. Dekat laman sosial network, letak gambar si dia ‘hati ini dicuri oleh si bla.bla.bla.bla, jangan curi dia, nanti aku bunuh ko!’ ataupun ‘aku sayang dia ketat – ketat’. Weekkk!! Dekat blog pon, tulis la kat entry, pakwe aku ini, pakwe aku itu, aku sayang dia gila – gila, aku ini aku itu bersama si dia. apa la dengan depa tuu…?

Opss, silap tu. Ntah entah dia nak kata diri dia tu “laku kot?” Hehehe

Gambar berdua – duaan yang melampau

“Hah! Suka hati akula aku nak letak gambar pakwe aku yang hensem ni kat sidebar blog ke, kat Myspace aku ke, hang peduli apa??” haha itu penjelasan depa. Ya, memang pon. Hang sedar tak yang hang tu tak kawen lagi? Ni nak posing gambar laga – laga pipi apa hal? Nak jaja gambar pakwe hang peluk pinggang hang apa kes? Bangga sangat ada laki nak kat hang? Oh tidak!

Ingat, dunia internet ni pelbagai macam yang boleh jadi tau. Mana nak tau kot satu hari nanti korang jadi PM ke, ahli parlimen ke, naya je pihak yang tak puas hati pada korang akan menggunakan gambar korang berpelukkan dengan si dia yang tuutt  yang lama tu untuk menjatuhkan reputasi anda seagai pemimpin? Tak ke malu gambar gitu kena jaja? Eee.. malu!

24 jam nak berkepit, tak kira tempat

Yang ni aku memang tak suka gila – gila. Aku tau la dia tu awek hang, jangan la dok jaga sangat. Buat serupa dia nak lari kalau tak dipegang, nak dirampas kalau tak di kepit apa hal? Haha, ini la orang cakap fenomena ‘chewi’. Kalau hampa orang utara, tau la maksud ‘chewi’ tu apa.

Selain tu, tak manis la nak berpelukan, nak berkepit depan khayalak ramai. Kalau nak pengang tangan ataupun pinggang masa nak lintas jalan ke, masa ada benda yang bahaya ke terjadi tak mengapala, ni tadak apa hal dok pimpin tangan dalam shopping complex, dok peluk pinggang masa bertenggek di tepi – tepi jalan dan yang tak malunya ada dikalangan depa dok ‘bermanja’ di dalam ribuan orang dengan letak kepala kat bahu la, ada yang lagi – lagi super tak malu, berciuman lagi.

Erm, hormatilah orang ramai terutamanya keluarga yang bawa anak – anak kecil. Kalau cara korang macam tu la dilakukan depan budak kecil, ia umpama mengajar budak kecil tersebut melakukan perkara sedemikian dan anggap ia tak salah. Erm, macam – macam. Kalau dah takdak hormat dengan orang ramai, takdak hormat dengan manusia, tak berpegang pada agama, please la, hormat pada Tuhan. OK?

Kawan, aku tulis ni pon atas pengalaman aku sendiri dan juga apa yang aku nampak dalam masyarakat kita zaman sekarang ni. Aku pon pernah bercinta dan aku pon pernah merasai cinta, so aku tahu semua tu.

Kita kena berpada – pada, bukannya dah kahwin. Kalau dah kahwin pon, kena la ingat kena la hormat dengan orang lain. Kan? So, nak lebih – lebih kahwin la. Tak kesahla nak panggil apa pon, nak peluk ke nak apa ke HALAL!

Banyak lagi benda yang aku nak tulis, cukup la setakat ni. Eh, satu lagi. Apasal la susah nak cari awek solo eh? Dah pupus ke?



42 Comments

  1. soulNo Gravatar says:

    Esok ….nk gi KaWin…
    AwEk 1!!!!!!

    [Reply]

  2. Sokong!! apa nak jadi dengan generasi orang muda zaman sekarang??? huhu…

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @zikr the jalanan sepi, macam tu la depa.. tak sabaq nak kawen, dah pi panggil panggilan untuk orang yang dah berkahwin. eee… geli

    [Reply]

  3. ratu saljuNo Gravatar says:

    heheh..org zaman skng bukan mkn saman.yng pentg syok sndri…
    ratu salju´s last blog ..Antara Layout Superb Vs Cupcake Gebulicious My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. sib baik akak lom ada bopren
    hehehehe
    Yanie Putrajaya´s last blog ..++ abang nuar…owh abg nuar….++ My ComLuv Profile

    [Reply]

  5. fatinNo Gravatar says:

    **Panggilan nama kepada kekasih yang melampau – lampau**

    setuju sangat dengan yang ni.
    geli gila kot dengar panggil papa,mama padahal kawen pun belom.

    [Reply]

  6. z@ckNo Gravatar says:

    hahaha..
    sy stakat pggil abg je ada la time bercinta dulu..

    aiippp..jgn duk tak suka sangat pasal bnd2 ni..kot2 nnt jd kat wak balik cam ne..ingt tu..

    biasalah adat bercinta..

    =)
    z@ck´s last blog ..Si penggemar kucing. My ComLuv Profile

    [Reply]

  7. x-poNo Gravatar says:

    huhu cam melepaskan geram kat kisah lampau je ni bro?? aku pun nak melepaskan geram gak!! aku nk jd playboy, aku xnk setia lg dh
    x-po´s last blog ..PENGALAMAN DI BUKIT JALIL My ComLuv Profile

    [Reply]

  8. Ustaz YeopNo Gravatar says:

    Bercinta sebelum berkahwin adalah salah satu FITNAH besar yg dijanjikan Jujungan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W…tak payah bercinta lar senang..ada duit, terus pinang buat isteri..senang..masa tuh nk buat apa pon, lantak p lar kat hang..jgn langgar syariat sudah..

    ” Dalam hati manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah selruhnya..dan jika buruk daging itu, maka buruklah seluruhnya..ketahuilah daging itu ialah hati..”
    Ustaz Yeop´s last blog ..Fahamilah CINTA My ComLuv Profile

    [Reply]

  9. blowieNo Gravatar says:

    ohh baby luth,meh sini org suapkan tosei :D
    blowie´s last blog ..Entry pertama utk CHELSEA musim ini! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @blowie, weekk.. aku fark benda2 gitu.. wek!

    [Reply]

  10. HAHA, apsal tag anak luar nikah nie! Haha, lawak! Hoho, aku pun memang geli kat kekadang, tapi kekadang aku gak yang buat, yeah!
    samanosuke_04´s last blog ..Aku masih sayang ManUtd My ComLuv Profile

    [Reply]

  11. prinNo Gravatar says:

    Cinta buta tuk yang sedang bercinta… btw.. kalau dah berumah tangga .. beda — katanya sih.. heheheee
    prin´s last blog ..HP DeskJet 1220c/ps My ComLuv Profile

    [Reply]

  12. HanisNo Gravatar says:

    waduh…waduh.
    ini susah nak bagi komen.aku tataw ah.
    pandai-pandai mereka la fikir yang terbaik untuk diri sendiri.

    [Reply]

  13. PropitoNo Gravatar says:

    Hehe, marah nampak…
    tapi nak buat camana kan. dah cepat terpengaruh dengan media2 elektronik ni.
    huhu
    Propito´s last blog ..Contest JerungPerkasa My ComLuv Profile

    [Reply]

  14. nurulimanNo Gravatar says:

    ecece..luth..
    nnt dah de awek..ntah2 luth laie teruk pe..
    kite tgu dan lihat je..”)
    nuruliman´s last blog ..TiraMiss UU….")… My ComLuv Profile

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    Eh, cik iman semacam je komen nih? btw, sy menulis dengan pengalaman yg sy ambil daripada pemerhatian dan juga yang dialami oleh diri sendiri :-)

    [Reply]

  15. MusNo Gravatar says:

    tak payah nak couple lama2.. bertambah dosa (couple yang tak sedar dunia). kawen jer lah..
    Mus´s last blog ..Berkelah & Photo Hunting Di Taman Awam Teluk Likas My ComLuv Profile

    [Reply]

  16. mizaNo Gravatar says:

    ermm btoi 2..ntah la…takut plak nk kapel zman skrg ni…

    [Reply]

  17. ain fathihahNo Gravatar says:

    lain org lain ragam

    mcm2 hal.
    ain fathihah´s last blog ..persediaan exam Ain Fathihah My ComLuv Profile

    [Reply]

  18. Nurul FahriNo Gravatar says:

    Ape maksud ‘chewi” tue?

    Xpaham.

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    chewi = perak

    [Reply]

  19. sofiyyNo Gravatar says:

    salam luth _^
    asenye nk tnjuk dri da brpnya msh acceptable..
    huhuh~
    tp lagak2 yg lain tu mmg yucks!!!

    [Reply]

  20. elynnNo Gravatar says:

    huhuhu…btl gak tu…

    [Reply]

  21. szamizaNo Gravatar says:

    zamiza nma aqu………..

    [Reply]

  22. szamizaNo Gravatar says:

    mmg bdk zaman skrg xbleyh dprcyai…..

    [Reply]

  23. yang jadi kes buang anak, ramai anak luar nikah, bunuh anak, seksa anak dan sebagainya inilah puncanya…. kita suka mengeluh, awat lagu tu, awat macam ni! tapi kitalah yang menggalakkan maksiat begini terus berlaku. lelaki dan perempuan (bukan muhrim) batal air sembahyang jika bersentuh…. adalah haram bersentuhan. tapi tengoklah saja di mana-mana…. muda mudi lelaki perempuan sekarang tak malu malu lagi… berpeluk, bercium di khalayak ramai…. depan saya pun begitu (dalam LRT KL) baru baru ni…. depa bebas apa saja… adakah semuanya akan berakhir di situ saja? tidak? ya … sudah pasti iblis laknatullah akan membawa mereka pergi ke tempat yang lebih selesa untuk melangsungkan nafsu shahwat mereka… jadi… apa yang jadi? ya,,, jadilah anak… habis seronok, timbullah masalah… cara mengatasinya… campak saja anak itu, bunuh. jika tidak pun anak luar nikah bermaharajalela… berlambak lambak… Anak haram! haram! haram! Siapa yang buat mereka haram? mereka itulah…. Siapa yang salah? dari ibu bapa sampai ke pemimpin yang bertanggung jawab…. fikirlah sendiri Nabil!

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @omar hashim omara, adoi.. panjang btoi komen mamu..
    apa2 pon nak bercinta boleh tapi kena ada syarat. kena ikut.

    depa takmau.. fikir nak seronok je..

    [Reply]

  24. blowieNo Gravatar says:

    ‘kekasihhhh, tulis namamuuuuu! Di dalamm pintuu hatukuuu’
    kata siti kepada dato k!

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @blowie, wakakkaka.. tpi depa dah kawin.. ni yg tak kawin taktau malu..

    [Reply]

  25. fndrockaNo Gravatar says:

    i like
    fndrocka´s last blog ..Di tepi pantai yang indah My ComLuv Profile

    [Reply]

  26. naj hebatNo Gravatar says:

    haha.. terbaek bro.. kau nak cari awek solo??

    blambak je.. bile dah solo.. semua duk diam, takbyk bunyi, sbb tu kau tak jumpa, kami tak pupus.. cume sepi dan terus mencari.. hihah!

    isi2 yg kau kupaskan mmg bernas lagi sesuai ngan tekak aku..

    ‘baby’..’baby’.. geli den!
    naj hebat´s last blog ..Messange dari mama My ComLuv Profile

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    sesuai dengan tekak kamu ok la. jangan kamu yg buat gitu pastu gaduh marah di ruangan komen. kang nak kena la tu

    [Reply]

  27. wah terbaek la entry neh…

    best2….
    pensel kontot´s last blog ..AIZ! TOLONG CANTIKKAN BLOG SAYA… My ComLuv Profile

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    tq..tq sbb dtg sini

    [Reply]

  28. fia abasNo Gravatar says:

    ermm..agaknya pengaruh tv citer filem duk tayang mcm tuh..mak ayah plak tak tegur n didik anak secukupnya dgn ilmu agama maka…hmmm kdg2 yg pnuh ilmu agama pon buat gak…xtaula nk kata, masing2 beringat jelah kan?sok2 tuhan tanya kat padang mahsyar baru ketaq pale lutut nk menjawab huhuhu =)
    fia abas´s last blog ..My MukaBuku vs My Blog My ComLuv Profile

    [Reply]

  29. SyaNa_SaNNo Gravatar says:

    Mengulas kepada soalan tuan punya blog:: susah nak cari awek solo eh? dah pupus ker??
    agak pelik kan.. menurut statistik bbrp agensi, jumlah wanita jauh lebih ramai dari lelaki. Jika berpandukan kepada prinsip satu seorang (mean tanpa istilah poligami), bilangan wanita akan berlebih2x. Masalahnya sekarang, sangat mudah mencari jejaka solo (8 out of 10 yang ditanya)tapi sangat sukar mencari wanita yang berstatuskan single and available.

    [Reply]

  30. eykameowNo Gravatar says:

    “hye baby, baby buat apa tu? tengah baca komen baby ehh..”

    p/s: ishh. bape banyak baby daaa…dan tanda tanya, sape yg baby ni? T___T
    eykameow´s last blog ..5 tips dari eykameow untuk memikat lelaki My ComLuv Profile

    [Reply]

  31. tueratoraNo Gravatar says:

    hehe..suka la n3 awk ni..
    btol tu becinta tu bepada3 jgn terover show off ye ;p
    nti bile break up mula la cm org sewel hehe
    tueratora´s last blog ..tag tentang photo dari kwn-kwn tora My ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled


ShoutMix chat widget
[close]