8 Kesalahan wanita ketika bertudung

Wanita memang merupakan pasangan lelaki dan lelaki merupakan pasangan bagi wanita. Ah, biasalah. Orang kata, itu lumrah alam. Bagi agama kita, terdapat pantang larang dan juga panduan yang perlu kita ikut dan pandu semasa hidup didunia. Kemudian, dalam agama kita kata juga ada mengatakan wanita merupakan golongan yang patut memelihara auratnya. Terdapat kira – kira 13 aurat wanita yang perlu dijaga dan salah satunya adalah dengan memakai tudung.
Kita di Malaysia ni kalau orang kata orang Melayu, mesti beragama Islam dan majoriti orang Islam di Malaysia bertudung. Walaubagaimanapon, bila dah ramai bertudung dan pelbagai jenis tudung serta fesyen ketika bertudung, terdapat banyak la kesalahan yang dilakukan oleh si pemakai tudung. Apa dia? Ni haa :
KESALAHAN PERTAMA :Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kalau anda anggap bertudung ialah hanya satu sahaja aurat, bahaya ni. Teruk la kalau anda ditahap ini. Balik kena mengaji dengan guru agama dan kalau dah malu sangat, google je apa yang berkaitan dengan aurat wanita. Berlambak – lambak pakcik google boleh tolong, ok?
KESALAHAN KEDUA :Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
Gila banyak beb perempuan macam ni bila keluar berjalan. Erm, diorang tak tahu ke yang aurat tu bukannya pakai tudung sahaja. Aku ada adik perempuan, so, bila keluar je dari rumah, aku akan pastikan dia tak pakai macam ni. Pakaian tak sempurna. Baik jangan pakai tudung ok?
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
Alah, ini la yang dikatakan FESYEN.. Mana anggun kalau tak pakai kain yang tak terbelah. Nanti orang kata macam pakai kain batik pulak.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
Yah, ini FESYEN lagi. Apa la kena dengan dia tu. Kalau dah pakai tudung, bagus la tutup kepala, abes tu dia pegi ketat tang lain. Kalau macam tu, tak guna la nak tutup aurat. Bahaya la macam ni, nanti laki yang bernafsu tinggi diluar akan pandang semacam je kat dia.
Jangan gaduh dan kecoh pula orang duk ushar je kat dia.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Oh, ini ada FESYEN bertudung jugak. Kalau aku, aku akan cakap itu tudung segera. Yela, pakai macam tak sempurna jer. Pakai la elok – elok, baru manis dipandang. Satu lagi, kalau pakai tudung, rambut terkeluar pon macam dah tak guna pakai tudung. Ermm.. ataupun saja nak menayang jambul yang berwarna?
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Ni satu haru. Aku tak mau nak komen la pasal ni. Masing – masing dah berumur dan berpengetahuan pasal bab aurat dan agama. So, tak guna kalau tegur si pemakai kalau dia masih lagi berdegil tak pakai tudung ketika berada di luar dari pejabat / sekolah / kelas.
Biasanya, orang macam tu dia terpaksa memakai tudung disebabkan peraturan dan juga nak jaga imej di pejabat / kelas / sekolah. Bajet baik, tapi jumpa kat luar dah jadi macam anak hantu.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Dah jadi trend sekarang. Dulu tak macam ni, sekarang kalau pegi je mana – mana, mesti pemakai tudung akan tarik tudung tu ke belakang. Apa tujuan bertudung tu ek?
Tak sempurna pula lihat si pemakai kalau buat macam ni. Satu lagi, oleh disebabkan ia menampakkan lagi ‘bentuk’ didada tu ia akan jadi tarikan orang ramai untuk melihatnya. Betul, sumpah tak tipu!
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Ya, ini satu lagi orang cakap FESEYEN. Trend bertudung macam Yuna tu dah menjadi kegilaan ramai dengan pelbagai jenis kain tudung yang telah berada di pasaran. Dah la kain chiffon yang dipakai tu nipis gila, nampak habis jambul – jambul di kepala dan juga ada yang jarang tu, telinga dengan tengok pon nampak sah – sah. Apa kes bertudung macam tu?
Nak berfesyen, fesyenlah sampai lebam. Tak ada sapa nak halang, tapi ingat juga kita ada garis panduan dalam agama. Ok?
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”
Sumber artikel ini aku dah lupa ambil daripada mana. Dah lama simpan dalam draft, so pakat – pakat rujuk balik la apa yang tak kena pada diri masing – masing. Sekadar nak nasihat – menasihati sesama insan.
Related posts:








salam luth.. terjumpa blog kamu kat blog member
anyway, nice entry..
komen sya, kepada yg mahu menegur tegurlah cara baik.. jgn nak sumpah seranah n ckp benda bukan2 sbb ia lebih terukkan keadaan.
kepada muslimah beragama islam, andai korang xbertudung jgnlah korang nak kondem entry ni dan menegakkan orang yg xbertudung,.. dlm islam rambut, leher, dada tu kan aurat… korang akan dianngap syirik.. syirik tu bukan just korang xngaku islam or murtad jer.. bila korang menidakkan hal mcm ni bukan di kira syirik!
so be cool ya!
n thanks atas peringatan luth!
[Reply]
Sapa-sapa yang masih melakukan antara perkara dia atas tu, berubahlah secara perlahan-lahan.
Berazam untuk berubah pun sudah dikira pahala.
Muhasabah Trading´s last blog ..Koleksi Jubah Batik Dress sentuhan gaya baju kurung modern
[Reply]
bertudung litup elok da
tudung lepasi paras dada
baju cukup besar
tp posing maut ngalahkan model
lalu terserlah la jg lekuk2 ghairah tubuhnya
pandangan mata pula tajam menggoda
maka tumpah la jg aliran nikmat….
[Reply]
alhamdulillah,..terima kasih atas perkongsian,.. umat Islam melayu pada hari ni ramai yg selalu slah faham tentang konsep menutup aurat,..bg mereka, bile dah bertudung dikira menutup aurat,..tp, saya x lah prejudis dgn golongan2 yg macam ni,..hanya mampu mendoakan agar ALLAH beri hidayah pada mereka,..lebih2 lagi kepada kaum keluarga yang saya sayangi,.. (-_-)
[Reply]