Home » Aku Merepek » Alahai, budak sekolah zaman sekarang!

21

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Bila aku tengok ramai sangat orang dok tweet di Twitter berkaitan #memorisekolah, aku teringat cerita zaman aku sekolah dulu. Aku rasa macam nak balik hidup zaman kanak – kanak dan persekolahan. Pada zaman tu, tak perlu nak fikir assignment bertimbun – timbun, tak perlu handle project final dan juga tak perlu nak cari duit untuk tampung perbelanjaan harian. Enjoy jer!

Zaman dulu tak ada pon insiden tegang antara pelajar dengan guru dan guru dengan waris. Tak pernah aku dengar dulu pelbagai kejadian yang pelik – pelik berlaku di sekolah pada zaman dulu dan banyak gila kejadian yang aku naik meluat dan seram tengok budak – budak zaman sekarang di sekolah. Apa nak jadi ni?

Satu Malaysia dah kecoh pasal aksi budak – budak sekolah yang terlalu melampau sangat sekarang ni. Gila, baru umur berapa je dah pandai buat aksi macam orang yang dah kawen. Entah – entah orang yang dah kahwin tak macam diorang tu. Kan?

Seumur hidup aku, seingat aku la tak pernah dengar cerita budak – budak sekolah rendah ataupun sekolah menengah lawan cikgu kat sekolah. Kalau bertekak macam tu ada la kot, tapi tak la sampai nak pukul – pukul cikgu. Ish! Sekarang ni dah jadi macam – macam. Sampaikan tunggu diluar pagar sekolah dan belasah cikgu. Tu pun ada? Taktau la nak kata apa. Cikgu weii cikgu! Bukan pencacai ke apa ke, diorang la yang nak bagi kita ilmu dan didik kita. Macam tu korang layan dia?

Tak habis dengan tu, budak sekolah “hebat” dengan pelbagai masalah disiplin lain termasuk curi, ragut dan rempit. Masalah juvana pon dah meningkat dikalangan budak sekolah. Mana kesedaran mak bapak dan masyarakat ni?

Rokok? Tak usah cerita la.. Dah naik muak!

Ibu bapa zaman sekarang ni dah satu haru! Anak buat salah dalam sekolah, bela dan manjakan anak sangat. Kadang – kadang aksi dan perbuatan mak bapak ni melebihi budak sekolah. Anak tak buat kerja, buat benda yang salah di sekolah dan disiplin buruk pun nak bapak marah balik pada cikgu. Gila apa? Dulu aku kena rotan dengan cikgu, tak berani nak balik bagitau mak kena rotan dengan cikgu sebab ayah aku akan tambah 2x ganda hukuman yang cikgu kenakan kat aku bila bagitau kat rumah. Sekarang? Mak bapak pegi serang cikgu wei!

Kepada adik – adik yang masih sekolah tu, kalau ada henfon mahal ke apa ke nak menunjuk kat sekolah baik tak payah ok? Beli henset mahal pakai duit mak bapak dabik dada dia orang kaya padahal duit mak bapak tu! Spender pon mak dan ayah yang belikan, apa kes?

Jadilah budak – budak sekolah yang daif kerana tak ada ilmu, jadilah budak sekolah yang berdisiplin kerana peribadi melambangkan didikan dan juga asuhan ibu bapa dan jadilah pelajar sekolah yang cemerlang kerana kejayaan dalam hidup tu bermula dari bangku sekolah! Ingat ok?

Oleh sebab perangai dan prestasi pelajar sekolah yang teruk sekarang ni, ramai diantara cikgu senior dan berumur nak pencen awal. Sebab apa? Sebab pelajar kurang ajar dan dah tak reti hormat cikgu lagi. Bagi cikgu muda yang tengah dan hendak menjadi cikgu tak lama lagi, jadilah cikgu yang dapat mendidik anak – anak bangsa kita supaya mereka akan menjadi generasi yang hebat pada masa akan datang.



21 Comments

  1. AMRNo Gravatar says:

    tu ar.. budak zaman sekarang memang dah banyak berubah.. ni kebanyakannya disebabkan pengaruh barat. dulu mana de benda2 alah cam skin head, emolah, punklah.. ntah ape2..

    [Reply]

  2. zoolNo Gravatar says:

    Cikgu cubit sikit heboh masuk Metro..
    Dulu aku kena lempang mak bapak tak tau pun.. ntahlah

    [Reply]

  3. KNizamNo Gravatar says:

    haha aku pun terpengaruh gak ngan tweets #memorisekolah tuh. aku rasa sampai hari ni ada lagi org pakai hastags tuh kan. hehe best plak cerita pasal sekolah ni :)
    KNizam´s last blog ..Keluhan Perantau – Jamal Abdillah My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. aizuddinNo Gravatar says:

    rindu gak zaman skolah dulu..boleh main bola ramai2..hehe..zaman skang budak2 makin melampau lah..respect lah sikit cikgu2..kamon lah
    aizuddin´s last blog ..gelanggang RAJA lawak musim ke 4 [astro PRIMA] *updated minggu 10 @ FINAL My ComLuv Profile

    [Reply]

  5. #memorisekolah tu mmg buat hidup saya ceria tetiba beberapa hari lepas. ;)

    anyway mmg bdk skrg agak xbest n ntah pape. bile balik KL sedey tgk bdk2 skola yg kat tepi2 jalan, kat shopping mall pakai ntah pape perangai buruk. -_-”
    juLia d buBbles´s last blog ..Kenapa saya rasa girlfriend saya sangat mengada-ngada? My ComLuv Profile

    [Reply]

  6. eiydaNo Gravatar says:

    budak2 zamn IT ..zaman moden katekan cam tu lah…pengaruh kuat sangt…huhu…
    bila kt twitter buat #memorisekolah rase best sangt zaman2 sekolah dulu…x cam skang ni..huhu

    [Reply]

  7. kakchikNo Gravatar says:

    salam luth. terlalu banyak faktor yang menyebabkan remaja sekolah zaman sekarang jadi begitu. dosa dan pahala bagi mereka tiada apa-apa sebab mereka tidak nampak.
    kakchik´s last blog ..Jom Heboh akan ke Kelantan hujung bulan ini. My ComLuv Profile

    [Reply]

  8. Mr FathiNo Gravatar says:

    setuju!!!budak2 skola sekarang memang kurang ajar!!!aku sebagai senior kat skola(upper 6),disuruh oleh cikgu supaya handle pelajar2 yg ‘cilabai’ perangainya…lebih2 lagi bab hisap rokok,ponteng kelas dan kurang ajar ngan cikgu.

    [Reply]

  9. neonNo Gravatar says:

    esok da ade anak seniri ko kene jaga dorang bebaik..kurung je duk umah k..
    neon´s last blog ..A Cat That Likes To Poops In The Toilet…Wow! My ComLuv Profile

    [Reply]

  10. DausNo Gravatar says:

    Aku pun join sama #memorisekolah tu, haha walaupun aku sedang bersekolah…

    P/s: aku berjaya buat hashtag sendiri: #memoriblogging
    join la sama ye… nak tau gak kisah silam blogging ko
    Daus´s last blog ..Tanda-Tanda Korang Suka Blog Tersebut My ComLuv Profile

    [Reply]

  11. wooo, betoi nie.. tiap2 kali aku dgr berita pasal masalah juvenil nie, mesti aku bimbangkan adik pompuan aku yang baru skolah menengah.. bahye tul skang nie.. zzzzz
    samanosuke_04´s last blog ..Lepas JustKhai, PascaSPM lak kena ciplak!! My ComLuv Profile

    [Reply]

  12. kertazNo Gravatar says:

    Tetiba plak aku teringat pasal kes budak pompuan tendang cikgu time skolah sampai masuk TV3 tu.. Mana ilang adab ntah.. Bebal..
    kertaz´s last blog ..Windows Explorer sebagai FTP Client My ComLuv Profile

    [Reply]

  13. ayongNo Gravatar says:

    makin lame, budak makin berani. cuak seyhh!
    ayong´s last blog ..the biggest looser asia My ComLuv Profile

    [Reply]

  14. SatelitkuNo Gravatar says:

    budak sekolah = pengganas?
    Satelitku´s last blog ..Love and Peace Nationwide Tour 2010 My ComLuv Profile

    [Reply]

  15. nazNo Gravatar says:

    budak sekolah sekarang dah pandai bwak blackberry masuk kelas. haha.
    naz´s last blog ..10 inspirasi blogging dari 10 lagu melayu popular My ComLuv Profile

    [Reply]

  16. azizan4444No Gravatar says:

    bdk2 zaman skng ni suke sgt mencuba..semua bnda nk try,..nak2 yg tgh skolah..
    azizan4444´s last blog ..Red Card – Setan Junior? Isk! Isk! Isk! My ComLuv Profile

    [Reply]

  17. xmizanxNo Gravatar says:

    jawapanyan bermula dari pemimpin.. bagus kepimpinan maka bguslah sekalian rakyat. kalo kepimpinan penuh korapsi maka sekalian rakyat akan ditimpa musibah. maka lahirlah generasi yang bijak dalam bab kurang ajar. back to basik balik. apa masalahnya budak zaman sekarang? ader kepala, mata, tgn dan kaki macam budak zaman dulu juga. alahai……”)
    xmizanx´s last blog ..Introducing wireless EV making it run out from oil imports – Seoul My ComLuv Profile

    [Reply]

  18. yonnaNo Gravatar says:

    budak2 sekarang gila advanced. heh. video2 lucah pun pndai dah cari. zaman2 kita dulu,nak bawak henpon fikir 50x. takut kena rampas.

    setuju ngan entry ko.cikgu rotan pun kita tak berani nak mengadu kat mak ayah. silap2 kita pulak kena rotan kt rumah. but sekarang, cikgu marah sbb tak siapkan homework,terus mak ayah dtg sekolah. eiieiee bodohnya T_______T

    budak2 sekarang ni lemak byk. and baru td ada berita pasal edar dadah pulak. ya allah. teruknya budak2 sekolah sekarang niii..
    yonna´s last blog ..Sara Liona Yang Ternoda My ComLuv Profile

    [Reply]

  19. imranNo Gravatar says:

    Risau memikirkan apa yang bakal terjadi pada pelajar-pelajar dalam tempoh 10 tahun dari sekarang
    imran´s last blog ..Blog Protector My ComLuv Profile

    [Reply]

  20. yoyNo Gravatar says:

    macam mana la anak aku nnti ek..huhu
    yoy´s last blog ..Contest Mudah Menang YoycullendotcoM. My ComLuv Profile

    [Reply]

  21. nazraNo Gravatar says:

    mungkin disebabkan kemewahan yg melimpahi setiap keluarga kt Msia skrg. setiap anak2 sekolah menengah dh merengek nk guna hp. even adik naz dulu masa form 1 dh mintak hp kt mak. alasan nya UPSR dpt 5A. ok lah baik, dia dpt 5A, naz ni dpt 2A ja. apapun alhamdulillah mak tak belikan. mak tegas ckp yg penting sekolah. exam masih byk ada kt dpn. tp akhirnya adik beli sendiri hp dgn duit biasiswa dia. susah jgk bebudak skrg dpt biasiswa awal. naz dulu form 6 baru dpt. tu pn pening kepala nk beli apa. buku dh bertimbun. tp malas punya psl, result paras hidung :(

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled


ShoutMix chat widget
[close]