Home » blog » Jom jadi kaya dengan iklan blog

77

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!


Sejak kebelakangan ni, terdapat banyak blog – blog tempatan telah wujud, tak kira la penggunanya diantara penulis blog muda ataupun penulis blog tua. Tak kisahlah blog berplatfomkan hosting sendiri ataupun blog percuma, ia banyak memberi manfaat ataupun punca penyebaran maklumat terbaru secara pantas dan tepat.

Nak berbloging bukannya susah, tak perlu wang ringgit kerana perkhidmatan blog percuma banyak disediakan dan juga tepuk dada tanyalah selera anda yang mana satu anda mahu. Dalam kes berbloging juga, terdapat banyak kesalahan multimedia dalam penyebaran maklumat serta salahlaku yang dilakukan oleh penulis blog dalam negara kita ni.

Dulu aku ada menulis entry yang bertajuk Aku berblogging bukan untuk popular yang menetapkan niat dan juga tujuan aku berblogging sekian lama. Ehem, banyak la jugak cerita pasal tujuan aku berblogging di entry tersebut. Walaupun dah ramai sedar akan pentingnya niat dan juga tujuan seseorang untuk berblogging, masih ada dikalangan penulis blog muda “newbie” menjadikan platform blog bukan seperti yang dilakukan seperti orang lain.

Jika blog anda dikategorikan sebagai blog “bisnes” dan kandungan blog anda cenderung kepada meraih wang melalui blog, aku tak la kisah sangat, tetapi fenomena sekarang ini yang amat – amat membuatkan aku hambar untuk menziarahi antara satu blog kepada satu blog yang lain terdapat dibawah ni. Chek it out :

Blogger terlalu “teruja” dengan pendapatan iklan di blog

Tak kesahlah, blog aku suka hati akulah! kan, tetapi anda bukanlah orang yang akan membaca setiap isi dan juga kandungan dalam blog yang anda tulis. Apabila tiada isi dalam sesebuah blog, maka, pengunjung akan hilang daya tarikkan lalu kurang masuk kedalam blog tersebut. Oleh kerana kurang maklumat dan tarikan pada setiap kandungan blog tersebut, banyak penulis blog sekarang ni memfokuskan kepada pengiklanan semata – mata selain tak menaikkan mutu blog tersebut.

Ingatlah, semakin bermutu kandungan sesebuah blog, secara tak langsung pendapatan pengiklanan anda akan naik mendadak secara tak sengaja. Contohnya, blog Hidup Biar Sedap, Azman Ishak, Roslan Nazri dan banyak lagi blogger – blogger lain yang menghasilkan entry blog yang berkualiti dan juga janaan pendapatan iklan yang memberangsangkan.

Meminta iklannya di klik pengunjung

Dah jadi macam satu fenomena baru dalam dunia blog Malaysia, aku tengok ramai bloggers jadikan Mengklik iklan orang lain merupakan satu adat tetamu yang berkunjung ke blog teman yang lain. Haloo, kalau anda sayangkan kawan anda sendiri dan mengharap teman tersebut melakukan sama seperti yang anda lakukan, baik tak payah klik iklan teman tersebut.

Yela, kalau anda betul – betul ikhlas dalam membantu kewangan blogger tersebut, aku rasa tak perlu lah anda nak tulis di kotak jerit blog tersebut sebagai tanda anda membantu dia. “Wei, aku dah klik iklan hang” , tulis tajuk promosi iklan tersebut di kotak jerit, iklan tidak muncul dan pelbagai lagi pesanan yang menyampah aku tengok membanjiri kotak jerit blog tersebut. Takkah ia sebagai salah satu tanda anda Menunjuk? dan tak ikhlas?

Memenuhkan blog dengan iklan

Hahaha, aku pon buat macam ni pada blog aku sekarang ni. Memang penuh dengan iklan hihi. Bila aku masuk blog orang putih, blog barat dan blog – blog professional yang lain walaupun diorang meletakkan banyak iklan di lokasi yang strategik, aku tak nampak pon diblog mereka tulis “sila klik iklan ini untuk meneruskan karier blogging saya” tapi yang aku tengok ramai sangat bloggers – bloggers tempatan mengharapkan pengunjung mengklik iklan mereka dengan menulis seperti ni “sila klik iklan untuk tolong saya” yang paling aku nak gelak guling – guling, “tolong klik iklan saya, saya nak cepat kaya”

Adeh, nak membuncitkan perut dengan pendapatan iklan internet, aku pon tak dapat banyak sangat pendapatan melalui tu. Tak bohong, aku hanya dapat berapa saja daripada pengiklanan blog sejak aku berblogging. Tengok bawah. So, tak ada niat langsung aku nak belagak pandai ataupun belagak aku dah kaya dengan pendapatan pengiklanan blog ni.

Tertubuhnya geng klik – klik iklan ntah pehape!

Bila fahaman yang salah ni bawa oleh ramai bloggers, akhirnya tertubuhlah group haram ni. Group tu tak haram, tapi perbuatan tu haram ye. Harap maklum. Aku pelik la sekarang, banyak blogger bersatu mengkayakan poket masing – masing. Setiap kunjungan dan setiap klik akan ditunggu balasannya dan kunjungan balik. Adeh~

Taktau pasal isu tu, baik hangpa baca di blog topotato dan abang juju ni. P/s : Nak kaya jugak, masuk la program klik dapatwang ataupun catcheye tu.. klik sampai puas!

Kalau korang dah teruja nak cepat kaya ataupun nak gunakan blog untuk meraih pendapatan secara maksimum, tak ada sebarang had pon nak dikenakan kepada anda, cuma yang penting ialah cara anda lakukan tu je.

Apa yang aku nak gariskan kat sini, berushalah menghasilkan sebuah entry dan melahirkan blog yang benar – benar berkualiti untuk mendapat side income yang tinggi secara tak sengaja. AH, blog aku sendiri pon tak la ada apa – apa isi sangat tapi tak la merapu – meraban macam blog –  blog orang lain, yang hanya tulis hampeh lepastu nak income tinggi – tinggi.

Huh~



77 Comments

  1. roseNo Gravatar says:

    ramai yg tgglkan jejak d s/box dgn link iklan mereka, bukan link blog.. sangat dissapointed -_-”

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @rose, kalau iklan terus ke blog tak apa lg.. tapi program2 klik2 gitu yg agak mengecewakan. tak bestla kan, ingatkan betul2 pengunjung tu suruh kita lawat blog dia balik tapi hampeh kan?

    btw tq sbb drop komen

    [Reply]

    imranNo Gravatar Reply:

    @rose, orang yang tinggalkan jejak kat shoutbox ke blog insya Allah saya akan lawat. Tapi kalau link ke dapatwang / myspacemoney atau apa-apa program yang sewaktu dengannya, pasti kena delete :D

    [Reply]

    rashidNo Gravatar Reply:

    @rose, betul lah…pernah gak dapt kunjungan macam tu..disappointed..

    [Reply]

    PutraRockerNo Gravatar Reply:

    @rose, fitrah manusia..
    PutraRocker´s last blog ..PRELIMINARY EXAMINATION TIMETABLE FOR SEM 1- 2010-2011My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. ariffNo Gravatar says:

    bila semua orang nak buat duit dengan blog, muncullah blog yang ntah hape2. kadang-kadang naik menyampah pulak tengok

    [Reply]

  3. mohdisaNo Gravatar says:

    hoho, tukar theme lagi. hehe, apa2 pun jgn fikir berblog baru dua tiga bulan boleh jadi kaya. nak kaya cepat sila buka perniagaan sendiri. hehe, tak baik klik2. :P

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @mohdisa, ya ya .. aku sokong hg isa.. nak kaya meniaga la senang.
    kalau nak generate income melalui iklan ke apa ke dari internet mmg makan masa lama.

    ermmm.. ada tak lubang2 side income bro? aku nak try la..

    [Reply]

    mohdisaNo Gravatar Reply:

    @Luth Textile, lubang takda. yg tertutup adalah. aku pun tgh mencari lagi skg ni. blur pun ada, projek aku asyik tergendala jerk. haha

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @mohdisa, hg nanti kuaq blajaq degree, mst dpt kerja cepat.. hooh aku ni apa la sgt

  4. zoolNo Gravatar says:

    Nak jadi kaya memang boleh tapi bukanlah suruh klik sendiri.. Rasanya Johnchow tak suruh pun org klik iklan dia…

    [Reply]

    rashidNo Gravatar Reply:

    @zool, click tu datang dari hati yang sungguh ikhlas sekadar untuk membantu tanpa disuruh atau dipaksa. wah!!bermadah aku…keh2..

    [Reply]

  5. ayong_qielaNo Gravatar says:

    hek2~ tu la pasal. suke sgt spam kt cb camtu. huhu~ ish2~ seb bek i tak camtu kot. hehe~ ye ye je la. hope not la kan. hee. and setelah 2 thn psg NN, baru dpt 50. ahaha!

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @ayong_qiela, sama la kita… tp ayong hebat lg la eh..

    [Reply]

    ayong_qielaNo Gravatar Reply:

    @Luth Textile, hebat ke? haha. lepas 2 thn. lame tu luth. tu pon bergantung kepada personal blog. bukan pape pon. hahha~

    [Reply]

  6. paehNo Gravatar says:

    uhuuuk. aku terasa aku terasa.. waaa~~ =.=

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @paeh, hg takpa.. mmg masuk program klik2 tu beb.. ni iklan blog suh buat cam program klik2 gitu.. mana tak haru..

    [Reply]

  7. wazyNo Gravatar says:

    huhu bukan senang nak senang kalau nak dapat duit dari blog ni

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @wazy, tau.. makan masa dan perlukan kesabaran..
    tak bolehla nak kaya cepat dengan pengiklanan ni.. kan kan? lainlah blog tu hits 10k 20k sehari..

    [Reply]

  8. FazreenNo Gravatar says:

    terbaek r entri…! aku sokong 200% apa yang ko ckp! bia merah padam terbakar *&^%^*^ blogger…harap ko xksh gua mencarut kt ruang komen ko,,

    [Reply]

    encik luthNo Gravatar Reply:

    @Fazreen, hohoho kalau marah ke apa sekalipon jangan la mencarut bro. tak baek hihihi..

    [Reply]

  9. pawaka19No Gravatar says:

    terima kasih bagi tips yg menarik..abg juju is my brother..popular jugak dia ye..

    [Reply]

    encik luthNo Gravatar Reply:

    @pawaka19, abang juju kamu tu memang terkenal dan hebat.. hahaha..

    jangan puji lebih lebih, nanti kembang abang kamu tu =)

    [Reply]

  10. aizuddinNo Gravatar says:

    biar duit jadi perkara ke2 dan sampingan je..jangan terlebih sudah

    [Reply]

    encik luthNo Gravatar Reply:

    @aizuddin, ya.. duit iklan ni jadi pendapatan sampingan sudah. tak payah nak jadi matlamat utama. nanti, oleh disebabkan terlalu terpengaruh dan terlalu ghairah sangat nak cari duit lebih kot pengiklanan, nafsu nak blogging pon turun.

    [Reply]

  11. kakchikNo Gravatar says:

    salam luth.
    memang banyak yang buat gitu skrg ni. kat blog kakchik pun ada byk yg sekadar blogwalk, tinggalkan mesej yg dia dah dtg, ckp dah klik iklan atau iklan tido, lps tu hilang.
    kalau yg dtg tinggalkan iklan, kakchik tak balas, kalau rajin sikit, kakchik kata tima kasih.
    kalau yg dtg ckp dia dtg, kakchik jwb tima kasih dan jenguk blog dia. baca sepintas lalu entri2nya kalau menarik tinggalkan komen atau mesej cakap kakchik buat kunjungan balas. kalau entrinya bagus kakchik hadiahkan satu klik.
    ada yg dtg tanpa salam suruh kakchik follow, yg ni susah sikit. kakchik bukan sng2 nak follow org w/pun org tu dah follow kakchik. bukan eksyen ke apa tapi nak follow pun bersebab la kan.
    kakchik suka entri luth ni sebab menyedarkan. nak buat duit memang boleh tapi jangan sampai annoying dan memaksa.

    [Reply]

    encik luthNo Gravatar Reply:

    @kakchik, tq sbb drop komen kat sini kak cik.
    entahla.. bila keadaan dah jadi macam ni nak blogging pon da rasa macam tak best je. entahla..

    niat dihati tak mau nak mengata straight to the point tapi taktau la entry kali ni terlalu straight ke tak :|

    [Reply]

  12. imranNo Gravatar says:

    Komuniti Nuff ni kira macam geng wonderpet agaknya :D

    [Reply]

    encik luthNo Gravatar Reply:

    @imran, wahahaha.. memang pon. apa yang penting, kerjasama.. hapa la..

    [Reply]

  13. zikNo Gravatar says:

    matlamat asal berblogging dah terpesong…(wah macam tersesat akidah lah pulak)..

    [Reply]

    encik luthNo Gravatar Reply:

    @zik, hohohoho mana ada terpesong sangat.. cuma tujuan tu ha.. kena betul dan kena la gaya

    [Reply]

  14. neonNo Gravatar says:

    tak salah kalau blog tu tak berkualiti pun. yang penting ko tak kunjung blog yang ko tak suke dan senyap2 sudah..tak perlu semua orang tahu yang ko tak suka blog itu ini..kalau rasa blog dia takde kualiti dan blog ko berkualiti..tak payah tgk blog dia k..wat tutup mata jer k…

    but seriously, aku tak sokong ko bile ko mention newbie atau bukan newbie.aku takpernah letak diri aku dalam katogeri2 camtu. aku rasa macam hampagas bila sesorang bajet dia bagus dan memperlekehkan newbie yang juga macam hampagas. kita bermula dari bawah. sama2 dari bawah. sama2 berhingus dalam dunia blog…

    blogging secara murni sudah..k luth? heheh ;)

    [Reply]

    encik luthNo Gravatar Reply:

    @neon, alahai nurul..

    sebenarnya blog aku ni pon mana ada kualiti sangat beb.. kalau kualiti mesti hits riban2..

    apa2 pon aku bukannya nak mengata newbie ke apa ke, tapi itu hakikat. tak kesah kalau nak share menda apa pon, asalkan kena pada gaya dan kena pada keadaan. satu lagi, benda ni kalau kita layankan ia akan jadi macam budaya yang tak elok untuk industri blogging.

    aku tak mengata sapa – sapa.. sapa yang buat dia la yang kena beb..

    [Reply]

  15. blowieNo Gravatar says:

    elelelellelelee,dj luth kita merendah diri la plak.

    saje je kan tunjuk RM30++ je dapat,padahal dah cashout riban riban :P

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @blowie, memang betul la aku tak penah nak cashout bro..
    nanti2la kot baru ada rezki dapat cashout.. hihihi

    [Reply]

  16. framestoneNo Gravatar says:

    perut buncit ek he…23x

    out of topic–> mmg ada byk pun.. 4hari 3malam bro dah usha.. masih xde yang bro berkenan.. yang berkenan xsupport widget pulak… yg leh support.. xleh nk edit pulak… xpe la… bro fokus yg skrg nie je la

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @framestone, tatapan blog yang menarik pon mendorong pelawat datang ke blog :P hihi

    [Reply]

  17. hadjieNo Gravatar says:

    Ada juga nak rasa menjana pendapatan dari blog, tapi masih dalam hati je. Sekurang2 dapat bayar brukband tiap2 bulan.
    Tulislah apa yang ingin kita sampaikan. Point yang masih saya pegang, masa pembaca dan pelawat amat berharga.

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @hadjie, ya.. masa pelawat amat berharga. tambahan pula diorang drop some comment, lagi – lagi la kena hargai.

    tq datang sini bro!

    [Reply]

  18. Mak SuNo Gravatar says:

    tak tahulah nak ckp apa, maksu ni blogger suam-suam kuku jer…. blogging lite-lite :)

    [Reply]

  19. blogresipiNo Gravatar says:

    Nampak kali ni macam layout baru. Teringat kat sawah bendang padang ibu pulak tengok kaler ijau neh.heheheh

    Nice article.

    Ada masa buatlah article pasal photoshop pulak. Buleh kami belajar-belajar.

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @blogresipi, hahha.. teringat sawah bendang eh..
    nanti balik kampung tatap la sawah dengan bendang puas – puas.

    nanti aku buat bro atikel pasal tu.. tengah nak mencari mood nak berphotoshop kembali :P

    [Reply]

  20. Si NagaNo Gravatar says:

    kekuatan sesuatu blog tu hanya trafik jer..
    kalo nak earning byk kat nuffnang or innity tinggikan laa trafik..
    main SEO dan selalu blog walking..
    bukan soh orang klik iklan…
    menyampah gila ada orang spam shoutbox soh klik iklan..
    tak reti2 lagi diorang ni nak berblog secara berhemah…

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @Si Naga, ya..
    berblog secara berhemah kan?
    kalau nak cari duit melalui blog, baik bukak blog bisnes.
    kalau nak cari pendapatan sampingan, buatlah cara cari pendapatan sampingan. adui..

    [Reply]

  21. h3r0No Gravatar says:

    blog biasa-biasa takkan boleh jadi kaya..

    blog biar atas niat tersendiri..

    kalau sbb nak klilk iklan xyah buat blog..

    at least kongsi info yg berguna..

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @h3r0, ya ya..
    aku pon nak sumbangkan info yang berguna pada masyarakat.
    nak jadi blogger yang bermanfaat, bukan buang masa online je 24jam tapi hampeh~

    [Reply]

  22. eiydaNo Gravatar says:

    blog untuk suke2…pastu letak NN.,…da lm xtgk da bape RM NN tu..hehhe..entah password ingt lg ke tak ni..huhu..

    [Reply]

  23. em..yap. pengiklanan blog. ramai yang dah buat sekarang.

    [Reply]

  24. ThohaNo Gravatar says:

    salam bro..

    aku suka sangat dengan artikel ni..
    kalau ada blogger2 yang gila nak kaya cepat dengan iklan kat blog ni memang terasa la..
    aku tak terasa pun sebab aku tak buat apa-apa yang niat nak untung dari iklan ni,aku tak pernah suruh orang klik iklan ads kat blog aku..
    lagipun berapa sen sangat dapat dengan iklan ads ni..
    bukan boleh jadi kaya pun..
    lagipun kalau dah suruh orang klik jadi tak ikhlas baik tak payah..

    terima kasih untuk info info ni bro..
    manfaat untuk kita bersama..

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @Thoha, sama – sama..
    apa yang aku fikir tak ok tu aku tulis,
    tapi tak semuanya benda yang aku tulis tu betul dan disokong oleh orang lain

    [Reply]

  25. mohdisaNo Gravatar says:

    hoho, bertuah kalau aku kuar terus dapat keje bagus. doa2kan lah yerk. amin

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @mohdisa, amin!

    [Reply]

    mohdisaNo Gravatar Reply:

    @Luth Textile, haha…klu tak…ko kena tanggung aku la jawabnya. hehe

    [Reply]

  26. amerwafiyNo Gravatar says:

    yep,ramai para blogger yang lebih tupukan pada iklan bukanya post.

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @amerwafiy, tau takpa.. jadi cam trend baru je sekarang ni.

    [Reply]

  27. KreugerNo Gravatar says:

    owh.. kenapa aku dijadikan contoh. aku ni amat baru dalam penulisan blog. banyak perkara yang masih aku belum belajar. pendek kata, kalau nak buat dari blog.. apa yang penting blog tersebut mesti ada satu niche khas. blog peribadi pon boleh jana duit kalau kene pada caranya.

    cume perbaiki matlamat berblog. ada orang berblog kerana fokus masa depannya terhadap bidang penulisan, ada pula terhadap kecantikan blog semata-mata… dan ada pulak kerana populariti. terpulang kepada individu terbabit.

    Azman Ishak®

    [Reply]

  28. hehe, dah brape kali aku baca post ko ataupun ayat ko pasal ko tak berapa suke mereka yang terlalu obsess nak duit melalui iklan nie.. haha, ko memang bengang ngan diorg eh? aku pun obsess gak dulu2, tapi bila nuffnang masih lagi RM1.75 sampai skang, takpelaaa XD!!!

    mak aku bayar hosting, HAHAHAHAHA! APA AKU KESAH!

    [Reply]

    luth textileNo Gravatar Reply:

    @samanosuke_04, entah pehape – hape entah~ hohoho..

    [Reply]

  29. syinNo Gravatar says:

    beriklan di blog bukan pilihan aku…..hahaha…sekadar mencantikan sahaja….

    p/s : mantap dah skang blog ni.

    [Reply]

  30. salams.
    bagus juga artikel ko nie. mungkin ramai yg akan membuka mata.
    ataupun bia jer derg rasa sindri. bukan senang nk jadi senang.
    bila hasil usaha derg yg tak betul tu tidak menujukkan baru ler derg blaja slo2. aku pun selama beberapa tahun blogging, banyak juga yg dah belajar :p

    [Reply]

  31. KujieNo Gravatar says:

    Blog Kak Jie sangat minimalis dan iklan pun tersangat minimalis
    sedang2 je… tak de nak mencapai awan

    napsu tak besar…. dpt sikit2 sudah

    bina penjenamaan dalam blogging – mesti orang kenal walau tak perlu nak iklan diri sendiri mengaku ‘blog aku best – jom klik ‘

    [Reply]

    imranNo Gravatar Reply:

    @Kujie, Blog kakjie paling simple kosong je page

    [Reply]

  32. KujieNo Gravatar says:

    owh lupa..suka theme ni… cantik dan kemas
    macam selera berprofile tinggi :p

    [Reply]

  33. AzahNo Gravatar says:

    laa…
    boleh buat duit ke dgn blog?
    noob nya aku..
    haha…

    [Reply]

  34. apiihNo Gravatar says:

    ape itu iklan??aku xtahu menahu pon psl iklan kat dunia blog nih..yg aku tahu..exchange link ngan banner jerk..haha

    [Reply]

  35. zarylNo Gravatar says:

    sbb tu saye dh lama tak letak shoutbox ke hape ke kat blog. kat blog lama (blogspot) pn letak sembunyi je org nk cari pn x jumpa.. hahaha

    saye rase bagi saye untuk sesiape dtg ke blog boleh je tinggalkn komen kalau sudi. kalau tak sudi apakan daye… bagi saye kalau nak chatting buka je YM tak payah shoutbox semua tu.. hehe

    suke la saye sbb dpt komen panjang lebar hari ni. bbudak opis masih cuti. opis kosong. saye jadi bos hari ni.. haha opps! off topic lak abg luth sorry ek :p

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @zaryl, kamu dah hebat. tak perlu apa – apa lagi kan melalui pengiklanan. duit dah masuk selalu, kalau setakat iklan dari nn dan juga income yang tak seberapa ni tak kesah la kan..

    haha. selamat menjadi boss!

    [Reply]

  36. faisal admarNo Gravatar says:

    haha nak dapat rm50 pun susah kan? hmm kadang2 bro isi blog tu tak power pun cuma nasib sama kot. kalau perempuan lg senang nak dpt income… mcm model part time yg femes tu… rm3k sebulan? dgr kata ceera pun rm2k sebulan? :)

    [Reply]

    Luth TextileNo Gravatar Reply:

    @faisal admar, wah! sampai rm2k sebulan tak payahla kerja dialam realiti, gedik2 dlm blog dah dpat duit bulan – bulan. tudia!
    nasib? mungkinla. mungkin..

    [Reply]

  37. RamdziNo Gravatar says:

    dah jadi trend skrg ni.. berblog jz untuk dapat duit.. huhu…

    [Reply]

  38. faizalNo Gravatar says:

    salam
    aku berblog sebab nak share apa yang aku fikir..nak sebar benda baik..
    niat kena betul
    kalu nak buat blog sebab duit, nanti entry jadi la tunggang langgang, tak de fokus

    [Reply]

  39. SakiraNo Gravatar says:

    Once again, setuju sangat ngan your point of view. Memang nampak sangat dorang tak ikhlas. Dah larh Nuff tdo 23 hours. Haha !

    I’ve got write an entry ttg ketidaksukaan I sal orang yg guna tagboard secara salah, and then I kena hentam terok kat ShoutMix ; which I deleted. Haha ! At least orang beri u cmnt yg membina ;)

    [Reply]

  40. Mohd AlimieNo Gravatar says:

    Salam..first time masuk blog ni (dpt tau mlalui GengBlogger)..Thanks utk info..Stau sy kalau Google Adsense, die bleh detect sape2 yang bpakat utk klik iklan adsense dan tindakan akan dibuat atas owner akaun adsense tsebut..tapi taktaula nuffnang ni camne..

    [Reply]

  41. MQNo Gravatar says:

    hahahaa..macam nie pon ada ka…iklan nie akan datang dgn sendri bila kita berblogging dgn berhemah….skema lak aku nih…larikkkk
    MQ´s last blog ..Aktiviti semasa cuti My ComLuv Profile

    [Reply]

  42. rashidNo Gravatar says:

    Aku dah jumpa dah beberapa blog yang tak berapa nak ramai yang komen, tapi banyak iklan affiliate sendiri…Sendiri buat, sendiri tanggung…hehe
    rashid´s last blog ..Pergi Mu Meninggalkan Kata-Kata Akhir. Al-Fatihah Kepada Allahyarham Achik Spin My ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled


ShoutMix chat widget
[close]