Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Yaa.. dah lama tak tulis pasal blog mem-blog nih. Kali ni nak share dengan anda, apa yang perlu anda tahu untuk bertukar ke wordpress. Mesti anda pelik kan, kenapalah banyak blogger – blogger ramai – ramai berpindah rumah dari platform Blogger.com yang percuma tu ke rumah sendiri, iaitu wordpress.com.
Dah banyak blogger telah membuat ‘review’ ataupun perbandingan antara blogger dan wordpress dan aku nak buat kesimpulannya bahawasanya, masing – masing ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Kelebihan, aku nampak banyak sangat pada WordPress dan kekurangan tu dah terang lagi bersuluh, kepada pengguna blog di blogger.com.
Ah, aku sendiri pada awal berjinak – jinak menulis blog menggunakan blogger.com yang percuma tu. Biasalah, takkan la bayi baru lahir terus nak berlari? Mestilahkan mula duduk, merangkak, menirap dan lain – lain. Bagi anda yang berblogging sekarang ni terus menggunakan wordpress, anda memang hebat.
Sebenarnya, aku lebih puas berblogging dirumah sendiri daripada dirumah tumpang. Kenapa aku cakap rumah sendiri? Ha, nanti – nanti aku tulis pasal tu. Eh, kalau anda nak berpindah ke wordpress, anda perlu sangat tahu perkara dibawah ni :
WordPress

Terdapat dua jenis perkhidmatan blog di wordpress. Satu, WordPress.com (perkhidmatan percuma sama seperti blogger.com) dan  juga wordpress.org. Untuk blog wordpress.com, penggunaan ia terhad dan tak best langsung. Tak puas kalau pakai dot com ni. Blog yang menggunakan wordpress.org merupakan blog yang mempunyai self-hosting (simpanan data sendiri) yang dikawal selia oleh diri sendiri.
Hosting

Merupakan tempat simpanan data yang menempatkan segala ‘barang’ yang berkaitan blog kita. Tak semestinya barang berkaitan dengan blog je, Hosting ni macam almari kita la. Boleh gantung baju, boleh simpan seluar, boleh simpan pakaian dalam dan lain – lain. Sekarang ni, terdapat banyak syarikat web hosting di Malaysia ni menawarkan perkhidmatan yang murah dan terbaik. Ingat, pemilihan hosting yang terbaik akan menjamin kesejahteraan blog dan jangkahayat blog anda. Kalau anda silap ambil syarikat hosting yang selalu ‘down’ dan buat masalah, susahla orang nak akses masuk ke blog anda. Tensyen oh.
Biasanya, pakej hosting ini ditawarkan untuk langganan setahun dan juga sebulan. Lebih baik ambil pakej setahun, macam road tax kenderaan. Cukup tahun, hanya perbaharui saja pakej hosting anda tu.
Hosting yang di rekemen untuk blog peribadi:
Serverfreak | Pakej Termurah : Rm60 / tahun
Data KL | Pakej Termurah : Data Mini RM 70 /tahun
Sepaku Hosting | Pakej Termurah : RM 5/tahun
Lagi info berkaitan, anda boleh ke 20 Senarai WebHosting Terbaik Malaysia
Bandwith :

Jumlah data yang dipindahkan daripada hosting untuk memaparkan blog anda. Ala, bandwith ni lebih kurang macam pakej internet ataupun broadband yang terdapat di pasaran tu. Contoh, speed broadband 3Mbps secara umumnya memang laju la capaian yang dilakukan. Sama la konsep tu untuk bandwith web, lagi besar bandwith contohnya 25GB, nanti data anda akan boleh dihantar dan dipindahkan sebanyak 25GB. Setiap bulan, penggunaan bandwith akan disetkan kembali kepada 0. Jika bulan September ukuran bandwith yang anda gunakan 10GB, pada bulan hadapan, ia akan menjadi 0.
Pemilihan bandwith ni penting mengikut hits blog masing – masing. Jika hits blog anda mencecah 1000 hits/sehari, lagi banyaklah bandwith yang anda perlukan untuk pembaca mengakses blog anda tu. Kalau anda ambil pakej kecil je, tapi pengakses yang nak akses tu ramai, kering la bandwith anda. Hahaha
Domain

Domain ni merupakan nama alamat blog kita. Sama la macam alamat blog anda tu. Cuma, kalau yang pakai blogspot, pada hujung alamat blog kita akan ada blogspot.com. Macam blog aku dulu, http://luthtextile.blogspot.com <penggunaan blog di blogspot> http://luthtextile.wordpress.com <penggunaan blog di wordpress.com> dan juga blog sekarang, http://luthtextile.com  yang menggunakan wordpress.org di platform aku sendiri.
Amat cantik bukan nama domain yang ringkas dan menarik? Lagi pendek nama domain anda, lagi senangla pembaca nak masuk dan kunjungi blog anda, sebab senang ingat! Ok, kalau anda nak beli domain asing daripada hosting, boleh saja. Ada pelbagai nama domain yang ditawarkan serendah RM30/ tahun. Nama domain untuk dot com, dot net, dot org, dot biz, dot my dan macam – macam lagi. Ikutlah selera anda sendiri.
Sebenarnya, kalau tidak ada banyak lagi benda yang boleh ditulis, tapi ini saja yang dapat aku kongsi, sedikit sebanyak dapat meleraikan apa yang terungkai didada sapa – sapa yang nak berhajat untuk pindah ke rumah sendiri tu. Ah, tak pandai, kita boleh belajar. Google ada, hanya perlu rajin klik pada google dan anda akan dapat jawapannya.
Kalau dah serabut sangat tak tahu macam mana, boleh tanya aku sendiri di Twitter ataupun Facebook ataupun otai – otai wordpress yang lain ok? Malu bertanya, sesat jalan. Malu nak makan masa kenduri, nanti lapar!








nice review ko. seswai untuksape yg xfaham ape itu hosting, domain… self-hosting mmg best… haha
[Reply]
Luth Textile
Reply:
November 26th, 2009 at 1:24 PM
TQ.. ala bro, sekadar nak kongsi benda yang remeh2 ni jer.. bagi orang yg dah tahu, tak apa la.. kalau orang yang tak tahu,dapat la ilmu baru
Sharing is caring
[Reply]
perkongsian ilmu yg bagus, menarik.. ko mmg dabom..
[Reply]
hoho Luth. aku baru je nak pindah WP nie . dari dulu lagi tak pernah pakai hosting sendiri
cettt sekarang nak ubah selera
thnx weh pasal menda nie
[Reply]
domain n hosting aku ni pun hadiah dari seseorang, aku terima aje. hehe. aku tahu menulis aje. still tak paham sgt apa smua ni. tapi pas baca review ko, baru aku faham.
[Reply]
Luth Textile
Reply:
November 26th, 2009 at 2:52 PM
Hahaha.. lepas tu tulis je la tanpa henti.. jangan mudah mengalah
[Reply]
Salam Bro~~ nak pindah juga ar law cam nie~~~ Huhuhuhuhuuu~~
[Reply]
Luth Textile
Reply:
November 26th, 2009 at 2:53 PM
Pindah terus la Hanc.. tunggu apa lagi..
[Reply]
WAA bunyi mcm senang tapi ssh jugak lah !
[Reply]
wah, review yang menarik. bagus, well done bro. semogo review kali ini memberi pedoman kepada sesiapa yang berjinak2 nak menggunakan wordpress dan terus maju as blogger. hehe
[Reply]
aku dah bertukar ke wordpress baru la tahu mende2 tuh.. malas nak baca before2 this.. hehe anyway, tulisan yang bagus!
[Reply]
info cun! bagus untuk blogger yang teringin nak bertukar host untuk lebih serius dan berkomitmen
[Reply]
Luth Textile
Reply:
November 26th, 2009 at 11:55 PM
TQ.. nak info lagi berkaitan aplikasi dan teknik SEO di megat.net. saya masih menunggu ni
[Reply]
betul tu bro megat, satu lagi info menarik untuk menjadi pedoman kepada para blogger untuk terus cemerlang di alam maya ini. hehe
[Reply]
wordpress.com tak best sbb takleh javascript! haha
[Reply]
dgr mcm senang tp tak faham pn. adehh. amatur lagi aku neh
[Reply]
Luth Textile
Reply:
November 26th, 2009 at 11:55 PM
Rilex, pelan – pelan kayuh!
[Reply]
rasa macam nak bertukar ke wp..tapi tak tahu la bilaaaaaa…
[Reply]
rajin btol hang bt review ni..bgs2..ekekekee
[Reply]
Nice & compact info bro!
[Reply]
hoho thanz bro for the info..aku pon baru pindh p wp.com..hehe
dah order domain pon cme blom jlan g..hehe
[Reply]
info yang sangat berguna…lagi2 untuk newbie macam saye
[Reply]
hosting tu aper ek? domain tu domain yang kita belajar masa math form 4 dulu ker? haha..(soalan biasa untuk mereka yang tak tahu) .Sekarang mesti dah tahukan? Kudos untuk Luth
terima kasih luth memberi penerangan berguna ini …untuk mereka yang baru ingin berkecimpung dalam blog arena dan mahu upgrade ke selfhosting
[Reply]
Baiknya abang kita ni buat review…
mmg patut dikongsikan bersama..
[Reply]
hehe, zaman2 aku noob dulu selalu baca bende2 camnie.. skang nie rasa rindu lak nak tengok balik info2 pasal mende nie.. thanx for sharing dude..
[Reply]
Salam,
Kami pun baru je pindah ke selfhosting. sebelum ni pakai wordpress.com.
Best pakai selfhosting ni. Dah cuba baru tau. Cuma banyak lagi nak kena belajar.
[Reply]
Luth Textile
Reply:
November 30th, 2009 at 1:33 AM
ya, apa komen anda tentang weblog selfhosting? puas hati atau tidak?
[Reply]
pakej Sepaku hosting tu murah sangat sampai pikir 2,3 kali gak ar..
memang mantap..hoho
[Reply]
Luth Textile
Reply:
November 30th, 2009 at 1:33 AM
angkat ajer.. nak pikir 2,3 kali apa.. menda memang dah berbalooooii
[Reply]
hi salam sume… aku pki hosting 50 hinggit staun… mnarik hosting nih… self hosting mmg best… nk wat ape pown sukati sbb kita own… neway nice post… salam singgah again… vroom2(enjin er-6n)
[Reply]
Luth Textile
Reply:
November 30th, 2009 at 1:32 AM
kebebasan berblogging ditangan anda!
[Reply]
haih.i bila lagi ntah ni.haha.
jealous dah mencanak-canak orang pakai hosting or domain sendiri T___T
tapi nk tukar xde mse plak nk manage.
[Reply]
wah..
nieh yang semangat nak ada 1 domain dan hosting nieh..
hehehe
[Reply]
wp self host mmg best n terbaik…syok plugins dia..tak yah pening2 pasal coding..
[Reply]
mula2 aku xtahu apa2 pun pasal blog hosting sendri ni…main beli je…hahaha…skang dh blh la skit2…bangun jatuh..bangun jatuh…tunggu nk berlari plak….hahaha….
lepas beli br la pening….
[Reply]
Tak review sekali pasal hosting di malaysia dgn luar negara ke?
[Reply]
memang dari mula lagi dah dalam dilemma, pakai wordpress o blogger (tp yg free je la), last2 guna blogger sebab lagi ramai guna.
nak beli domain, blog pon ala kadar je.. tapi ada niat gak, sebab macam lagi bangga kan..hehe, pergh domain sendiri, siapa tak bangga.
tula, hari tu try dekat sepaku, dah tekan pakej RM5, tapi jumlah yang perlu dibayar RM40. tak paham, atau renew je yang RM5?
[Reply]
aku nk tnya … aku nk buka 1 wap CHAT … dlam wap tu da byak aku guna 6t sprti software , lagu , pic , forum dll … yg penting ramai yg kunjung wap aku tu 6t .. dlm angka 100 user online … so pe pendapat kowg yg tau , apa host yg baek untuk aku guna ? aku da jupe HostSo … bandwidth = unlimited , SQL = unlimited , disk space = unlimited … tp hostso ni xslap aku server US tp aaku kat MALAYSIA … so pe pendapat kowg ? HELP ME!!!!!
[Reply]
Terima kaasih banyak-banyak bro atas perkongsian ini..:):smile:
student´s last blog ..Ada apa dengan peperiksaan.
[Reply]
Nice info. Aku pun baru je berpindah rumah. Nasib baik ada function nak angkut barang-barang kat rumah lama tu ke rumah baru. Best dok umah baru nih.. Cubalah pindah dari rumah free ke rumah bayar.. haha
hairulamran´s last blog ..Ke Mana Pergi Subsidi Kami
[Reply]
Luth Textile
Reply:
August 16th, 2010 at 8:50 PM
@hairulamran, hahha bawak semua tv,perabut, katil sekali ye haha
[Reply]
TQVM..info yang sangat berguna dan telah menjawab persoalan saya tentang wp ni.
myvi´s last blog ..Tips dan Tricks Bagaimana Up Traffic
[Reply]
Luth Textile
Reply:
August 16th, 2010 at 8:50 PM
@myvi, sama – sama.. semoga terus berani menggunakan wordpress.org
[Reply]