Yess! Internet dah ada!
Ingat tak entry Luth yang ni, Satu Minggu Hidup Tanpa Internet? Ha, cerita nih dah lama Luth nak kongsi, tapi dah terlalu banyak entry nak ditulis, sampaikan lupa Luth nak menulis pasal cerita nih.
Setelah Luth tidak mempunyai sambungan internet pada bulan lalu, kebetulan la pulak kawan – kawan kelas baru je pasang internet kat rumah diorang. Sebenarnya, ada tiga buah rumah sewa yang didiami oleh rakan sekelas, tapi rumah yang paling kerap Luth kunjungi ialah rumah kawan di Taman Pauh Indah. Rumah kawan lain tak Luth lupakan, dekat Pangsapuri Idaman, Taman Pauh. Ok ok..
Dulu, sebelum adanya sambungan internet kat rumah kawan di Taman Pauh Indah ni, diorang ni memang kaki tido awal, selalu keluar rayap malam – malam dan juga ada daripada spesis di rumah ini keluar dating dan pegi kacau awek sebelah rumah. Memang tahap kebosanan diorang ni kritikal.
Tetapi, keadaan tersebut berubah apabila sambungan internet dipasang dirumah tersebut oleh taukeh internet, Syazwan dirumah tersebut, semua ahli – ahli rumah dah jadi macam anak dara. Semuaaaa melekat dekat rumah masing – masing. Keadaan tersebut dah membuatkan ada dikalangan mereka jadi banyak lemak pulak, yelakan duduk kat rumah je. Dulu, banyak sangat aktiviti.
Rumah yang sunyi tu dah menjadi lubuk segala – galanya dan banyak menjadi tumpuan pelajar poli yang lain. Yang tak pernah datang rumah tu, sejak ada internet, terus ada dan bertapa kat dalam rumah tu. Tengok, mata duitan internet kan?
Port Pertama : Ruang tamu
Ha, tengok tu dah ada empat buah laptop kat depan rumah. 1 laptop akan dikawal oleh seorang pengguna dan akan ada la dua tiga pemerhati ataupun Ban – Kee – Moon disebelah. Depa ni rajen main game. EEeeee…
Ha.. ada lagi sebuah laptop kat depan. Ni pemiliknya tak ada driver wifi. So, mau tak mau dia la yang ‘kongker’ cable usb kat depan tu. Direct from router.
Dah ada lima buah kat depan, ada dua buah laptop dalam bilik ni. Semua ada tiga buah bilik dalam rumah ni. Erm, hampa tau tak semua dah ada berapa buah laptop?
Last sekali, ada lagi dua buah laptop yang bertapak dalam rumah ni? “ramai” kan laptop? ish ish, budak muda zaman sekarang memang kaya sekoq – sekoq. Laptop ada, henset dua tiga buah, moto, kereta. Tu baru student?
Luth memang puji Streamyx yang diorang ni pakai. Memang laju walaupun ramai guna. Ada yang main game online, ada yang chatting dengan awek dan ada yang guna internet untuk buat tugasan (tapi sikit je la penggunaannya).
Line kat sini memang banyak wifi hotspot berbayar, tapi perkhidmatanya tak memuaskan. Bila hujan, memang lambat tahap siput sedut lagi. Sakit hati.
Apa – apapun, terima kasih kepada kawan – kawan yang sudi menumpangkan Luth dirumah korang yang kecil tu. Diri ni kecil je. Tak besar tera mana pon. Hahaha








7 Responses to Yess! Internet dah ada!
paeh
November 11th, 2009 at 20:53
err… satu je xbesh streamyx nii.. bile tyme ujan tingtong ckiit
[Reply]
Roslan Nazri
November 11th, 2009 at 21:05
mane2 perkhidmatan ISP malaysia sume hujan jer lembab la..tapi better pd streamyx if pki cable..dia tak selembab maxis bb or celcom bb dan bb yg len..
[Reply]
Zala Wajik
November 11th, 2009 at 21:52
yup, overall streamyx pakai cable lagi bagus..
tapi takdelah seksa sangat macam celcom atau maxis broadband..
mahu menangis dibuatnya..
[Reply]
Alon
November 11th, 2009 at 22:21
nak lagi cepat..pakai Fiber Obtic .. pergh..lain dari yang lain.. haha ..fiber ni takleh ltak kat miror ..nanti dia tak dpat connect..tu je maasalah..
[Reply]
Kujie
November 11th, 2009 at 22:44
Tetapi, keadaan tersebut berubah apabila sambungan internet dipasang dirumah tersebut oleh taukeh internet, Syazwan dirumah tersebut,
Tersebutlah kisahhhh…. ( syair ni..) hehehehe
[Reply]
azizan4444
November 11th, 2009 at 22:44
hidup xde tenet lg seksa dr hdup xde awek..haha
[Reply]
cik peanut
November 12th, 2009 at 03:03
biler anak teruna dok umah~~
hohoho
ni dah leh bukak kafe..
hik2x..
[Reply]