Home » Perjalanan hidup » Apabila domain ‘luthtextile.com’ expired

19

Saya suka berblogging.

Kenapa saya suka berblogging?

Kerana berblogging itu best.

Kenapa berblogging itu best?

Kerana saya puas dengan apa yang saya tulis dan lakukan.

Kenapa anda rasa puas dengan apa yang anda lakukan?

Kerana saya dapat tulis apa yang saya suka dalam blog yang saya sayang.

Kenapa anda suka tulis dalam blog yang anda sayang?

Kerana saya sayang blog saya.

Kenapa anda sayang blog anda?

Kerana saya luangkan banyak masa pada blog ni, bayar hosting, domain dan lain – lain lagi.

Kenapa blog anda tak dapat diakses pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad?

Kerana domain blog saya sudah expired! Waaaaaaaaaaaaa…

Sakit hati woo bila dah jadi macam ni. Bengang semua ada. Dah la hari yang sama tu, aku ada ujian pada petang tu dan pada malam sebelumnya dahla tidur tak cukup ekoran study sampai pagi. Hek eleh study sampai pagi? Poyoo! Hahaha.

Ok, tak sangka pula domain akan expired pada 4hb yang lepas. Sebelum ni, aku dah berpindah ke wordpress pada bulan Ogos yang lalu dengan mengambil pakage di Serverfreak dan aku rasa aku tak perlu lagi nak memperbaharui domain aku disebabkan aku dah ambil hosting. Erm, bila dah ambil hosting, mestila dia akan bayar sekali pada domain, kan? Tapi sangkaan aku tidak.

Rugi trafik pada dua hari tersebut. Pagi Jumaat tu, aku ada sempat tulis posting baru berkaitan dengan Lagak Kekasih Zaman Sekarang dan dipublishkan pada 6 November, 11.23 am pagi tersebut. Hati mulanya dah riang sebab dapat tulis panjang berjela macamtu, dan rupanya langit tak selalunya cerah, rupanya hujan ditengah hari!

Tengah hari tu blog aku dah tak dapat diakses dan jadi macam blog lelong la pulak. Adoi, kesemuanya blog yang bersangkutan dengan domain luthtextile.com tak dapat diakses dan keluar domain avaiable for sale! wah.. Terkejut aku. Terkejut ke tak, aku masih lagi buat cool, seperti mengendalikan masalah si SD yang tak dapat nak hidup. Buat rilex aje..

Nak cari sponser domain, tapi orang yang nak sponser tu macam mau tak mau je nak sponser, kemudian bagi feedback yang lambat. So, cangak apa lagi? Baik terus pegi bank in dan harap semuanya berlaku seperti sedia kala.

Terima kasihla kepada pihak Sempoihosting yang sememangnya sempoi memaklumkan domain aku akan expired pada 4hb, tapi email yang dikirmkan pada aku 6hb November dan domain aku pon dah expired. Tahniah la atas servis anda. PUAAAS hati aku.

Alah, cerita dah tamat pon, blog aku dah dapat diakses seperti biasa. Nak minta ganti rugi pon, apa la sangat ganti rugi yang aku dapat minta. Hanya blog kecil ni jer. Yang ruginya, trafik pada dua hari tersebut.




Related posts:

  1. 6 Tips untuk membeli domain
  2. Tutorial : Cara memasang domain dan subdomain sendiri di blog Tumblr
  3. Kenapa anda perlu miliki domain .com?
  4. Apabila gadis solo mula berbicara tentang hidupnnya..
  5. Blog luthtextile.com kini berpindah ke rumah baru!

19 Comments

  1. hanc~No Gravatar says:

    Salam bro~~ Sekarang dah ok~~Alhamculillah~~ :D

    [Reply]

  2. beliamudaNo Gravatar says:

    ko tak transfer domain sekali eh masa beli hosting?

    apa2 pun, dugaan macam ni la yang akan dirasa kalau berblog guna domain n hosting sendiri…
    beliamuda´s last blog ..Debaran Final Exam Datang Lagi My ComLuv Profile

    [Reply]

  3. JawsNo Gravatar says:

    asam garam kehidupan..
    main blog kene alert laa ng domain n hosting ni..
    takpe2..
    belajar dr pengalaman..

    [Reply]

  4. framestoneNo Gravatar says:

    udah2…
    jgn bikin sempoi2 di sini…..
    baik punye service….. bro dftr kat KL net… xtau la service dorg cm mne nnt… buat mase skrg xdgr pe2 komplen lg

    [Reply]

  5. zulsNo Gravatar says:

    ush.. kena take note ni takut jadi kat aku lak nanti..
    zuls´s last blog ..Twitter Advertising Untuk Kempen Politik !? My ComLuv Profile

    [Reply]

    AzfarulNo Gravatar Reply:

    @zuls, erkk..aku pon rase cam takot gak…tpi xpe x sampai 2 bulan beli hosting hehehe,.

    [Reply]

  6. pearNo Gravatar says:

    blog aku baru lagi…expired thn depan kot..hohoho…tension gak kan…
    pear´s last blog ..Persiapan perkahwinan yang belum siap-siap! My ComLuv Profile

    [Reply]

  7. syinrayafaNo Gravatar says:

    bila domain x xpired, pihak domain ada maklum ke..? xpernah lagi xpired domain..hahahaha…setahun xsampai lagi..hohoho..
    syinrayafa´s last blog ..Chelsea vs Manchester United My ComLuv Profile

    [Reply]

  8. a1zudd1nNo Gravatar says:

    rugi trafik bjuta2..hehe
    a1zudd1n´s last blog ..blogger TEE arrived akhirnya~~ My ComLuv Profile

    [Reply]

  9. anahNo Gravatar says:

    hehe..takpe..
    dh ok blik dh kan..
    slamat bblog kmbli dgn cite yg lbih hngt:P
    anah´s last blog ..2 kertas sudah selesai.. My ComLuv Profile

    [Reply]

  10. zoolNo Gravatar says:

    Kena selalu semak.. Terutama kalau beli hosting ngan domain berbeza waktu dan tempatnya..
    zool´s last blog ..Antara Mak dan Pasangan My ComLuv Profile

    [Reply]

  11. unwantedNo Gravatar says:

    brtul tu..
    trafik rugi walau tutup sehari..
    aku x de masalah expired lagi..
    guna blogspot lagi..
    newbie..:)
    unwanted´s last blog ..Isu Peminat Fanatik Kelantan My ComLuv Profile

    [Reply]

  12. blowieNo Gravatar says:

    braper ribu traffik ilang luth? hehehe

    [Reply]

  13. intanNo Gravatar says:

    luth..selamat berblogging!!! hehehe

    [Reply]

  14. satu la kalo pasal domain ni..nk kena bayar ikut masa ek? pakai hosting blogger sudaa… hehe

    [Reply]

  15. Ptot la ri 2 de bpe kali try mai cni xdpt.. huhu

    [Reply]

  16. aku tak paham lah pasal host2 nie.. ayoo …

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled


ShoutMix chat widget
[close]