Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Biasalah! Adat! Banyak orang kata dan boleh diaktakan lumrah alam, setiap makhluk yang hidup pasti akan mati,apa yang berlaku pada hari ini pasti akan berulang akan datang, sesiapa yang berada dibawah pasti akan berada diatas pula serta sebaliknya dan juga setiap yang berjaya pasti akan gagal pada permulaannya!
Hidup ni kena berani! Kalau tak berani mencuba dan takut akan kegagalan maka tidak akan dapatlah kenikmatan dalam sesuatu perkara yang kita telah lakukan! Cuba kita lihat sebuah pepatah Inggeris dibawah merupakan salah satu daripada episod hidup berani untuk gagal, iaitu dalam menagih pengalaman
Bak kata John Legend : Experience is a great teacher.
Serta, John F. Kennedy berkata : Those who dare to fail miserably can achieve greatly.
Dalam diam, kita tak sedar episod hidup berani untuk gagal merupakan salah satu episod yang diputar – putar seperti roda. Mungkin, sekarang kita sudah melepasi beberapa episod hidup berani untuk gagal dalam hidup kita tetapi kita kena sedar dan kena tahu, selagi kita tidak mengadap tuhan yang maha esa dan tidak berada dialam yang kedua, kita semua kena berani untuk hidup dimuka bumi ini dengan mencuba dan hendaklah menanggung risiko untuk gagal.
Hidup berani untuk gagal 1 : Berani untuk gagal semasa proses menambah cucu cicit nabi Adam
Dah nama pun manusia, ada perasaan untuk bercinta, berkahwin dan mestilah setiap pasangan ingin mempunyai zuriat masing – masing. Dalam kehidupan manusia, jika kita berani untuk gagal semasa proses menambahkan cucu cicit nabi Adam ini nescaya anda orang yang paling berani.
Ada dikalangan pasangan zaman sekarang sudah cepat mengalah dalam proses mendapatkan zuriat. walaupun terdapat pelbagai teknik dan juga teknologi canggih yang berada dipasaran sekarang ni, ada dikalangan mereka tidak berani untuk mencuba dan tak berani handak mempelbagaikan usaha untuk mencapai apa yang mereka inginkan.
Sebaliknya pada pasangan yang telah gagal dalam proses untuk mendapatkan zuriat masing – masing, sama ada dalam proses awal, proses pertengahan ataupun proses akhir menjelang kelahiran cahaya mata masing – masing dan tiba – tiba gagal untuk menyempurnakan tempoh kehamilan dan kelahiran tersebut, janganlah bersedih dan takut untuk mencuba lagi. Hidup hendaklah kena berani untuk gagal dan jangan mudah mengalah.
Hidup berani untuk gagal 2 : Berani untuk gagal semasa proses untuk menjadi manusia
Episod berani untuk gagal pada tahap ini amat aku suka sekali. Pada peringkat ini, setiap manusia yang hendak menuju ke arah ‘menjadi manusia’ amat – amat berani mencuba dan gagal. Mari kita lihat, daripada keadaan janin yang hanya sebesar berudu ia boleh membesar menjadi manusia yang berada dialam perut ibunya.
Setelah keluar dari perut ibu, proses berani untuk gagal berterusan semasa proses pembelajaran tumbesaran daripada terlentang, menirap, merangkak, duduk, berdiri, dan berlari. Cuba kita singkap kembali, kegagalan kita semasa kecil untuk cuba berdiri dan berlari amat – amat memberikan inspirasi untuk terus hidup dengan berani mencuba untuk gagal.
Jika masa kecil lagi kita sudah kecewa dan mengalah setelah gagal untuk berdiri, siapakah diri kita sekarang ini?
Hidup berani untuk gagal 3 : Berani untuk gagal semasa belajar
Istilah belajar ini bukanlah dirujuk kepada sesebuah masa dan juga difokuskan kepada umur dan golongan muda sahaja. Setiap masa ialah masa untuk kita belajar. Zaman sekarang, masyarakat kita bertuah kerana mendapat kesenangan untuk belajar dengan tenang dan tenteram. Proses pembelajaran bukan mudah! Ia memerlukan kesabaran dan juga ketekunan untuk terus berjaya.
Proses pembelajaran memerlukan keberanian untuk mencuba dan gagal. Setiap apa yang kita belajar dan tidak berjaya akan menyebabkan kegagalan yang membawa kepada kehilangan semangat untuk terus belajar.
Pelajar sekarang perlu berani untuk gagal. Janganlah kamu berani untuk menggagalkan diri sendiri dalam proses pembelajaran kerana anda menggagalkan diri sendiri semasa belajar, hidup anda merupakan hidup yang sia – sia!
Hidup berani untuk gagal 4 : Berani menempuh hidup dialam pekerjaan
Alam pekerjaan merupakan alam yang penuh selok belok dalam episod kehidupan manusia. Dalam perjalanan hidup untuk berani mencuba dan gagal, ia perlu berani dalam mencuba setiap pekerjaan yang anda lakukan.
Berani! Itu yang kita perlukan untuk terus berjaya dalam alam pekerjaan kerana keberanian itu akan memacu terus hidup kita dalam menempuh kegagalan!
Hidup berani untuk gagal 5 : Berani untuk gagal sedang dan semasa bercinta
Bercinta juga memerlukan keberanian dalam menempuh kegagalan. Kalau nak bercerita tentang cinta, ia merupakan satu elemen hidup manusia yang mencabar. Kegagalan dalam bercinta tidak bermakna anda akan gagal dalam hidup dan tidak layak memimpin keluarga serta berkahwin.
Dalam percintaan, harapan tidak perlu diberikan 100% kepada pasangan anda. Itu yang aku lakukan sekarang dan ia merupakan salah satu pegangan yang aku gunapakai dalam hidup. Dalam 100% bercinta, berikanlah cinta anda kepada pasangan anda hanya sebanyak 70% dan simpanlah baki 30% untuk kegagalan dalam bercinta sebagai mengelakkan daripada ‘frust menonggeng’.
Hidup berani untuk gagal 6 : Berani untuk gagal semasa menjadi nahkoda memimpin layar rumahtangga
Setelah berjaya menempuh kegagalan dalam bercinta, keberanian dalam diri perlu di berikan untuk menempuh cabaran yang mendatang dalam hidup berumahtangga. Bukan mudah untuk mencorakkan kain yang putih dengan warna dan corak yang bersesuaian dengan adat serta agama kita untuk zuriat kita kelak.
Apabila telah menjadi pemimpin keluarga, keberanian perlu apabila mendidik anak supaya mereka dapat menjadi ‘manusia’ yang dapat memberikan manfaat kepada keluarga, bangsa, dan juga agama.
Dari itu, ibu bapa perlu berjaya dalam misi mendidik anak mereka supaya anak mereka jangan menjadi salah satu produk gagal untuk perkahwinan si ibu dan bapa kerana kegagalan pendidikan yang bermula daripada rumah sendiri.
Hidup berani untuk gagal 7 : Antara berjaya atau gagal MISI hidup dimuka dunia
Setelah berani untuk gagal dalam episod kehidupan diatas, antara perkara yang paling penting sekali dalam hidup kita ialah kejayaan mencapai misi dan visi hidup. Kejayaan dalam misi arahan tuhan tersebut membawa kesejahteraan dan juga keselamatan kita apabila berpindah ke alam yang fana tersebut.
Sebaliknya, kita juga kena berani untuk gagal jika misi yang diberikan tuhan tersebut gagal dengan pelbagai hukuman yang telah dijanjikan-NYA didalam Al-Quran. Setiap hukuman dan balasan akan diberikan setimpal dengan apa yang telah dilakukan.
Dalam hal ini, kita harus berani menanggung segala kegagalan yang telah kita lakukan semasa hayat hidup di muka dunia.
Sebagai khalifah dimuka bumi ini, kita perlu hidup berani untuk gagal kerana kita telah diamanahkan dengan tanggungjawap yang diberikan Allah dan tak lupa juga perlu memikul tanggungjawap tersebut supaya tidak gagal untuk misi di dunia. Jika gagal sekali, bukanlah gagal untuk selama – lamanya. Masih lagi ada peluang kedua buat kita dalam muka bumi ini, kecuali satu! Mati. Tiada peluang kedua untuk hidup kembali untuk meneruskan apa yang gaga. dilakukan oleh kita dulu.
Untuk makluman anda, entry diatas di perah dan di tulis untuk pertandingan Hidup Berani Untuk Gagal anjuran Denai Hati di blog Yang Terbuku Dihati yang menawarkan hadiah lumayan berjumlah Rm3750 tajaan DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.
Oh ya, aku mengetahui kontes ini menerusi blog Denai Hati. Maklumat lanjut tentang terma dan syarat bolehlah klik sini.
Jika anda hendak menyertai pertandingan tersebut, jangan lupa meletakkan me-linkkan blog aku ni sebagai referer anda ya! Senang je, tulislah enty bebas yang bertajuk Hidup Berani Untuk Gagal. Selamat menyertai!








sahut cabaran tahniah..huhu…aku berani gagal gak dlm kontes nih..hehe
[Reply]
Luth Textile
Reply:
December 17th, 2009 at 6:30 AM
@Roslan Nazri, huhuuhuh perah otak demi berani utk gagal! Tq bro!
[Reply]
entri berat. tahniah.
banyakkan membaca untuk penulisan lebih berkualiti.
ain fathihah´s last blog ..takwim akademik UPSI semester 2 sesi 09/10
[Reply]
Luth Textile
Reply:
December 18th, 2009 at 3:17 AM
@ain fathihah, tak tahu sangat nak tulis entry berat.. hmm..tq ain..
tak banyak sangat baca..
[Reply]
Berani juga utk dikritik dengan entri ni….ermmm, tapi sis ok je…no komen…
Good Luck!
IxoRa´s last blog ..Perihal CINTA …..saya serik….ahaks!
[Reply]
Luth Textile
Reply:
December 18th, 2009 at 3:19 AM
@IxoRa, boleh aje akak..
sy nih open minded.. rilex saja..
[Reply]
Bagaimana agaknya kita boleh mendidik terutama orang Melayu untuk menerima keGAGALan adalah sebahagian daripada hidup dan yang penting jangan GAGAL perkara yang sama berulang-ulang. terima kasih sahut cabaran. Blog ini peserta ke 106.
denaihati´s last blog ..Dapat Duit dari Twitter
[Reply]
hoho gud luck bro utk contest ni
x-po´s last blog ..BAGAIMANA KALAU DAPAT TAHU MANDUL BILA DAH KAHWIN?
[Reply]
semoga berjaya bro. berani gagal…yehaa
mohdisa´s last blog ..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal
[Reply]
gudluck bro..semga berhasil usaha gigih ko ni..
azizan4444´s last blog ..Saya Hairan Apabila ….
[Reply]
artikel yang bagus.. belajar dan terus belajar dari kesilapan supaya dapat jadi yang terbaik pada masa hadapan
Joe´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal
[Reply]
nice entri
good luck
hidup berani untuk gagal
[Reply]